awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 2 tahun mati ditinggal dalam kereta di Virginia, AS

Agensi
Agensi
02/09/2014
04:14 MYT
Budak 2 tahun mati ditinggal dalam kereta di Virginia, AS
Kenwood Boulavard East, di mana kanak-kanak burumur dua tahun itu ditemui.
Seorang budak berumur dua tahun mati selepas ditinggalkan dalam sebuah van oleh ibu bapanya dalam keadaan cuaca panas di Virginia, Amerika Syarikat pada Ahad, lapor agensi berita The Associated Press.
Menurut jurucakap polis, budak itu ditinggalkan untuk satu tempoh yang agak lama.
Budak yang tidak didedahkan namanya itu ditinggalkan di tempat duduk keselamatan kanak-kanak.
Kereta itu pula diletakkan di sebuah kawasan kejiranan.
Punca kematiannya belum disahkan tetapi suhu setempat pada petang Ahad itu mencecah sehingga 32 darjah Celsius.
"Siasatan setakat ini menunjukkan budak itu ditinggalkan secara tidak sengaja oleh keluarganya untuk satu tempoh yang agak lama," kata jurucakap polis, Scott Leamon seperti dipetik oleh media.
Ini bukan kejadian pertama di Amerika Syarikat. Pada tahun ini saja, ada 24 kes yang hampir sama melibatkan kematian kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta.
Topic Berkaitan
#budak
#cuaca panas
#van
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan