Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam sebuah kotak aiskrim semasa bermain sorok-sorok dengan rakan-rakannya.

Dalam kejadian di Bandar Kalinagar, India, mangsa Atharv Gupta, 5, dipercayai terperangkap selepas penutup kotak aiskrim berkenaan terkunci dari luar.

Kehilangan mangsa sebelum itu turut menjadi misteri dan keluarganya cuba mencari kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak itu akhirnya ditemukan salah seorang ahli keluarganya yang kebetulan membuka kotak aiskrim berkenaan yang diletakkan di luar rumah.

Dia disahkan meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.