awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak tiga tahun 'terperangkap' dalam mesin permainan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2024
04:31 MYT
Budak tiga tahun 'terperangkap' dalam mesin permainan
Anggota polis sedang berusaha mengeluarkan Ethan Hopper yang terperangkap dalam mesin permainan di Queensland, Australia. - Agensi
SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun di Queensland, Australia, terperangkap dalam kotak mesin anak patung di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini mencetuskan geli hati bercampur gelisah netizen di media sosial.
Polis Queensland mendedahkan bahawa mereka menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari mesin permainan itu yang terletak di pusat membeli-belah Capalaba, Australia.
Sebelum kejadian, bapa kanak-kanak itu, Timothy Hopper menyedari anaknya hilang dari pandangan mereka dan bergegas meminta bantuan polis sebelum menjumpainya sedang kelihatan berseronok mencari mainan patung dalam kotak itu.
Polis berkongsi rakaman misi keselamatan di platform X, di mana budak lelaki itu, bernama Ethan Hopper, dilihat berada dalam mesin mainan yang penuh dengan anak patung Hello Kitty.
Video itu juga menunjukkan polis dan ibu bapa Ethan sedang mencari langkah untuk mengeluarkan anaknya daripada mesin permainan itu.
Menyedari mesin itu diperbuat daripada kaca, bapa Ethan, Timothy mengarahkan anaknya pergi ke arah ibunya, yang berdiri di sebelah mesin itu.
Selepas itu, polis bertindak memecahkan kotak kaca itu dan berjaya membawa keluar Ethan.
Timothy memberitahu wartawan bahawa kejadian berlaku dengan pantas apabila anaknya tiba-tiba hilang semasa mereka sibuk membeli-belah di pasar raya tersebut.
Seorang anggota polis, Stuart Power berkata selama 11 tahun sebagai pegawai polis, dia tidak pernah melihat perkara seperti itu berlaku. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#mesin permainan
#terperangkap dalam mesin mainan
#Kanak-kanak
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan