SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi pada Selasa menekankan keperluan pengurangan pelepasan gas Amerika dan penggubalan rang undang-undang iklim menerusi Build Back Better Act.
Pelosi berkata, beliau dan rakan-rakan Demokrat yang mewakili panel Kongres boleh meluluskan undang-undang yang signifikan itu untuk membantu Amerika, dan juga negara-negara lain, memenuhi sasaran pelepasan.
Ia adalah persediaan untuk Kongres di mana negara-negara dunia bersiap-sedia berkumpul bagi Sidang Kemuncak Iklim bulan depan di Glasgow, Scotland.
"Kita sangat beruntung mempunyai presiden Amerika Syarikat yang memahami ilmu pengetahuan ini, bahawa krisis iklim itu wujud dan ia merugikan.
"Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) baru-baru ini menjelaskan, negara berdepan kod merah disebabkan oleh krisis iklim.
"Oleh sebab itulah, dengan inspirasi dari rakyat Amerika, dipimpin oleh juara iklim dan Presiden Biden, majoriti Demokrat di Kongres memulakan tindakan.
"Saya harap ini boleh menjadi perkara yang bipartisan, tetapi itu adalah sebahagian sentimen masyarakat yang mesti dijayakan," kata Pelosi.
Presiden Joe Biden dalam satu lawatan ke lokasi bencana di Louisiana dan New York baru-baru ini berkata, perubahan iklim adalah krisis bersama dan Amerika serius dalam menangani pemanasan global.
Biden dan Demokrat memperuntukkan ASD3.5 trilion untuk usaha baik pulih yang merangkumi langkah penting untuk menangani perubahan iklim dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Amerika yang sebelum ini menarik diri dari Perjanjian Iklim Paris telah berusaha kembali dengan Biden menjanjikan bahawa Amerika akan mengurangkan separuh pencemaran karbon pada tahun 2030.
Astro Awani
Wed Sep 29 2021
Nancy Pelosi bercakap kepada media di Washington, 28 Sept, 2021. (Foto AP)
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Build Back Better: Isu iklim jadi keutamaan dalam undang-undang Amerika
Undang-undang itu bagi membantu Amerika, dan juga negara-negara lain, memenuhi sasaran pelepasan.