awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan kawasan PRTU: PPSB komited terhadap ketelusan, keselamatan awam
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bulan Sabit Merah Palestin buka hospital pemulihan di Khan Yunis

Bernama
Bernama
02/12/2025
22:30 MYT
Bulan Sabit Merah Palestin buka hospital pemulihan di Khan Yunis
Hospital pemulihan yang dibangunkan PRCS di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza, dirasmikan pada Selasa dengan kehadiran delegasi WHO diketuai Luca Bigozzi. - Facebook PRCS
GAZA: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengumumkan pada Selasa pembukaan sebuah hospital pemulihan perubatan untuk individu cedera dan sakit untuk semua peringkat umur dan kategori ketidakupayaan di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Hospital itu mempunyai kapasiti 100 katil, yang boleh ditambah bagi menampung pertambahan kes yang memerlukan perkhidmatan pemulihan khusus.
Hospital itu dirasmikan pada Selasa dengan kehadiran delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang diketuai oleh Luca Bigozzi, yang menyatakan kesediaannya untuk memberi sokongan lanjut bagi meningkatkan perkhidmatan pemulihan di Semenanjung Gaza.
Pengarah Eksekutif PRCS di wilayah selatan Dr Haider Al-Qudra berkata pembukaan hospital itu adalah langkah penting memandangkan keperluan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan itu, terutamanya disebabkan bilangan kemudahan yang terhad dalam bidang tersebut di Semenanjung Gaza.
Al-Qudra menegaskan penubuhan hospital itu diputuskan oleh Presiden PRCS Younis Al-Khatib, sebagai respons terhadap keperluan mendesak bagi perkhidmatan seumpama itu dan kepentingan pemulihan sebagai sebahagian daripada misi Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin serta peranannya terhadap golongan orang kurang upaya.
PRCS menanggung sepenuhnya kos pembinaan hospital, manakala WHO menyumbang dengan menyediakan peralatan, perabot dan beberapa katil.
WHO dan ibu pejabat PRCS di Tebing Barat turut menyumbang dengan menyediakan peranti bantuan untuk pesakit, yang akan memainkan peranan penting dalam menyokong mereka selepas discaj dari hospital.
Ini akan meningkatkan keupayaan mereka untuk meneruskan proses pemulihan dan menambah baik kesiapsiagaan operasi hospital.
Hospital itu adalah satu penambahan penting kepada sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza dan menjadi tonggak utama dalam menyediakan perkhidmatan pemulihan berteknologi tinggi di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang sukar di wilayah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bulan Sabit Merah Palestin
#Khan Yunis
#hospital pemulihan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan