awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumbung gimnasium sekolah runtuh, 11 maut

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2023
08:23 MYT
Bumbung gimnasium sekolah runtuh, 11 maut
Pasukan penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan bumbung gimnasium di sebuah sekolah di daerah Longsha, Qiqihar. -Reuters
BEIJING: Sebelas orang terbunuh apabila bumbung gimnasium sebuah sekolah di China runtuh semasa sesi latihan bola tampar perempuan.
Insiden berlaku pada Ahad di No 34 Middle School di daerah Longsha di Qiqihar, yang terletak di timur laut di wilayah Heilongjiang, pada jam 2.56 petang pada Ahad.
Dilaporkan seramai 19 orang berada di gim ketika kejadian, namun hanya lapan yang terselamat.
Laporan bagaimanapun tidak menyebut sama ada mangsa juga terdiri daripada kalangan dewasa.
Agensi berita rasmi Xinhua berkata kerja pembinaan di sekolah itu berkemungkinan menjadi punca.
Ia susulan tindakan pekerja meletakkan perlit, sejenis penyerap, di atas bumbung gimnasium semasa mereka membina struktur lain berdekatan.
Hujan lebat pada hujung minggu dipercayai telah menyebabkan bahan perlit itu menyerap air sehingga struktur bumbung tidak dapat lagi menampung berat dan menyebabkan ia runtuh.
Tragedi pembinaan dan industri adalah kejadian biasa di China, sebahagian besarnya berpunca daripada syarikat yang mengabaikan piawaian keselamatan selain rasuah.
Topic Berkaitan
#Bumbung gim sekolah runtuh
#Longsha di Qiqihar
#Heilongjiang
#bahan perlit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan