awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumi semakin membahang, 2020 dijangka rekod suhu paling panas

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/07/2020
08:35 MYT
Bumi semakin membahang, 2020 dijangka rekod suhu paling panas
Seperti yang disahkan NASA dan NOAA, suhu bulan Februari hingga April 2020 adalah kedua tertinggi yang direkodkan selama ini. - Foto Reuters
DATA terkini Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat menunjukkan Bumi semakin memanas secara berperingkat sejak penghujung abad ke-19.
Pada Mei 2020, NASA merekodkan suhu Bumi 1.5 darjah Celcius lebih tinggi berbanding purata suhu bulanan sejak 1880.
Peningkatan suhu tidak diukur di sesuatu kawasan tertentu, sebaliknya ia dikira berdasarkan perbandingan peningkatan antara suhu terkini dan bulan-bulan sebelumnya.
Memetik kajian yang turut dilakukan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat, trend ini terus menunjukkan peningkatan sejak tahun 2020.
Sejak tahun 2000, trend ini terus menunjukkan peningkatan, memetik kajian yang turut dilakukan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat.
Sejak tahun 2000, trend ini terus menunjukkan peningkatan, memetik kajian yang turut dilakukan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat.
Seperti yang disahkan NASA dan NOAA, suhu bulan Februari hingga April 2020 adalah kedua tertinggi yang direkodkan selama ini.
Sementara suhu pada Januari dan Mei 2020 hampir menyamai rekod suhu paling panas antara bulan Februari, Mac dan April 2016.
Saintis di NOAA sebelum ini telah menjangkakan tahun 2020 akan berakhir sebagai tahun paling panas pernah direkodkan.
Malah, suhu pada tahun 2016 melepasi purata suhu Bumi yang direkodkan sejak tahun 1980.
Ia diikuti dengan suhu pada tahun 2019 di mana bulan Julai 2019 merekodkan suhu paling panas pada tahun tersebut.
Saintis di NOAA sebelum ini telah menjangkakan tahun 2020 akan berakhir sebagai tahun paling panas pernah direkodkan.
Saintis di NOAA sebelum ini telah menjangkakan tahun 2020 akan berakhir sebagai tahun paling panas pernah direkodkan.
Data tersebut direkodkan oleh pusat cuaca menerusi pelbagai cara seperti di atas kapal, bui (pelampung) dan ukuran satelit di laut.
Persoalannya, apakah impak kepada peningkatan suhu ini?
Menurut penemuan saintifik, pemanasan global yang berterusan akan menyebabkan pertukaran kepada kekuatan, kekerapan, lanjutan spasial dan tempoh berlakunya cuaca ekstrem.
Topic Berkaitan
#iklim
#kajian peningkatan suhu
#NASA
#NOAA
#pemanasan global
#peningkatan suhu
#perubahan iklim
#suhu Bumi paling panas
#tahap pemansan global
#WEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan