awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh paksa Perang Dunia II: Kerajaan Fumio Kishida sokong permohonan maaf

Bernama
Bernama
06/03/2023
12:04 MYT
Buruh paksa Perang Dunia II: Kerajaan Fumio Kishida sokong permohonan maaf
FUmio Kishida berkata, Jepun akan menyokong kenyataan mengenai permohonan maaf yang dikeluarkan pada 1995 oleh Perdana Menteri Tomiichi Murayama ketika itu. - Gambar fail
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaannya akan menyokong permohonan maaf Jepun susulan kesediaan Korea Selatan untuk mencari penyelesaian berhubung pertikaian mengenai buruh paksa semasa Perang Dunia II.
Kishida berkata Jepun akan menyokong kenyataan mengenai permohonan maaf yang dikeluarkan pada 1995 oleh Perdana Menteri Tomiichi Murayama ketika itu, pada pada ulang tahun ke-50 Jepun menyerang kalah dalam perang dunia itu, lapor Xinhua.
"Kami telah mengambil alih kenyataan yang diutarakan oleh Kabinet terdahulu dan akan terus berbuat demikian," kata Kishida pada sidang parlimen.
Pada hari yang sama pihak Korea Selatan memberikan persetujuan untuk menyelesaikan isu buruh paksa yang telah berlarutan dan menjejaskan hubungan dua hala.
Media tempatan melaporkan bahawa Seoul merancang untuk mewujudkan sebuah yayasan yang akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada plaintif Korea Selatan dan bukannya dua firma Jepun seperti yang diperintahkan mahkamah.
Menurut penyiar awam Jepun NHK, beberapa plaintif berkata mereka menolak untuk menerima pampasan daripada dana Korea Selatan.
Mereka percaya permohonan maaf dari Jepun dan ganti rugi yang dibayar oleh firma Jepun terbabit adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan pertikaian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Fumio Kishida
#permohonan maaf
#buruh paksa
#Perang Dunia Kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan