awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama

750 juta orang berdepan ketidakjaminan makanan global - IFAD

Bernama
Bernama
05/02/2026
20:30 MYT
750 juta orang berdepan ketidakjaminan makanan global - IFAD
Beberapa wilayah di Afrika sedang mengalami peningkatan gelombang kemarau dan banjir, yang membawa kepada kesan serius. - Reuters
DUBAI: Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian (IFAD) memaklumkan bahawa dunia menyaksikan kemerosotan dalam petunjuk keselamatan makanan tahun lalu, dengan seorang daripada setiap 10 penduduk dunia mengalami ketidakjaminan makanan, iaitu hampir 750 juta orang, sambil menambah bahawa kelaparan kekal sebagai cabaran global utama.

Ringkasan AI
  • IFAD melaporkan peningkatan ketidakjaminan makanan di dunia tahun lalu, dengan hampir 750 juta orang mengalami keadaan tersebut, sambil menyatakan bahawa kelaparan kekal sebagai cabaran global utama.
  • Presiden IFAD, Alvaro Lario, menunjukkan bahawa kemarau dan banjir di Afrika menyebabkan kesan serius kepada petani kecil, dengan kejutan iklim dan konflik global turut menyumbang kepada ketidakjaminan makanan.
  • Walaupun beberapa wilayah menunjukkan penambahbaikan, Afrika kekal benua yang paling terjejas, sementara usaha pengurangan kemiskinan dan peningkatan keselamatan makanan masih perlahan di pelbagai kawasan.

Presidennya, Alvaro Lario, berkata beberapa wilayah di Afrika sedang mengalami peningkatan gelombang kemarau dan banjir, yang membawa kepada kesan serius terhadap petani kecil serta kehilangan sumber pendapatan mereka, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Beliau berkata kejutan iklim secara langsung menyumbang kepada kemerosotan keadaan kelaparan dan ketidakjaminan makanan, sambil menambah bahawa peningkatan konflik global berkait rapat dengan kelaparan, dengan kedua-duanya saling mempengaruhi.
Beliau menjelaskan bahawa walaupun beberapa wilayah di dunia seperti Amerika Selatan dan Asia menunjukkan penambahbaikan relatif, Afrika kekal sebagai benua yang paling terjejas.
Beliau berkata kemajuan dalam usaha pengurangan kemiskinan dan peningkatan keselamatan makanan masih perlahan di banyak wilayah.
Lario menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Tabung Pembangunan Abu Dhabi dalam bidang pembiayaan pembangunan, sambil menekankan kerjasama sedia ada dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam bidang berkaitan teknologi, termasuk penggunaan model kecerdasan buatan dalam sektor pertanian bagi pertukaran amalan terbaik dan memperkukuh pemindahan pengetahuan.
Beliau memuji peranan utama UAE dalam bidang teknologi dan menyatakan harapan agar negara itu menjadi hab global bagi keselamatan makanan melalui perkongsian strategik dan pembiayaan bersama dengan kerajaan serta institusi antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketidakjaminan makanan
#IFAD
#kebuluran
#konflik global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.