awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ByteDance ambil keputusan tidak jual TikTok kepada Microsoft

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
14/09/2020
00:18 MYT
ByteDance ambil keputusan tidak jual TikTok kepada Microsoft
Perkara itu dimaklumkan Microsoft Corp dalam satu kenyataan yang di muat naik di laman web rasminya pada Ahad. -Foto REUTERS/Dado Ruvic
SYARIKAT pemilik aplikasi perkongsian video popular TikTok, ByteDance mengambil keputusan untuk tidak akan menjual atau memindahkan sebarang data menerusi mana-mana rundingan pembelian dengan syarikat teknologi Microsoft Corp.
Perkara itu dimaklumkan Microsoft Corp dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasminya pada Ahad.
“ByteDance memaklumkan hari ini bahawa mereka tidak akan menjual pengoperasian TikTok Amerika Syarikat kepada Microsoft.
“Kami yakin cadangan ini adalah untuk kebaikan pengguna TikTok, tanpa mengetepikan kepentingan keselamatan negara.
“Untuk melakukan ini, kami akan membuat perubahan yang signifikan demi memastikan perkhidmatan itu memenuhi standard tertinggi untuk keselamatan, privasi, keselamatan dalam talian, dan memerangi maklumat salah, dan kami menjelaskan prinsip-prinsip ini dengan jelas dalam pernyataan bulan Ogos kami.
“Bagaimanapun, kami berharap dapat melihat bagaimana perkhidmatan ini berkembang di kawasan-kawasan penting ini,” kata Microsoft dalam kenyataannya.
Terdahulu, Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa kerajaannya akan mengharamkan platform media sosial itu di AS dengan dakwaan ia boleh mengancam keselamatan negara kerana hubungannya dengan Beijing.
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Corp Satya Nadella telah menghubungi Trump pada Ogos lalu bagi menyelamatkan usaha syarikat itu membeli pengoperasian TikTok di AS serta beberapa negara lain.
Rundingan bagi pembelian aplikasi itu bagaimanapun perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 15 September oleh pentadbiran Trump.
Namun, memetik laporan South China Morning Post, sumber menyatakan terdapat sokongan di Beijing untuk mengecualikan algoritma dalam penjualan TikTok.
Hal ini kerana, jelas sumber yang terlibat dalam pengendalian syarikat ByteDance, ByteDance boleh menjual pengoperasian TikTok tetapi bukan algoritmanya.
Pengecualian algoritma juga akan memaksa bakal pembeli (termasuk sebuah konsortium yang diketuai oleh Microsoft) mempertimbangkan semula rancangan pembelian dan penilaian.
“Secara teori, pihak AS boleh menyalin algoritma, tetapi ia memerlukan waktu bagi pengguna untuk membiasakan diri dengan algoritma yang disalin," kata sumber itu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Beijing
#China
#Donald Trump
#jual beli
#keselamatan
#Media
#media sosial
#Microsoft
#presiden
#TikTok
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan