awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabul 31 kanak-kanak, bekas pediatrik dihukum penjara 79 tahun

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2019
00:26 MYT
Cabul 31 kanak-kanak, bekas pediatrik dihukum penjara 79 tahun
Hukuman penjara Dr Johnnie Barto (gambar) boleh dipanjangkan sehingga ke 158 tahun. - AP
SEORANG bekas pakar pediatrik dari Pennsylvania, Amerika Syarikat dihukum penjara sekurang-kurangnya 79 tahun kerana melakukan serangan seksual ke atas lebih 31 kanak-kanak.
Memetik laporan antarabangsa, kebanyakan daripada mereka merupakan pesakitnya sendiri.
Dr Johnnie Barto dari Johnstown, 71 tahun, sebelum ini dituduh dengan pelbagai tuduhan, termasuk melakukan perkara tidak senonoh dan menyebabkan bahaya kepada kanak-kanak.
Menurut pihak pendakwaan, selama berpuluh tahun Barto telah mendera kanak-kanak di dalam bilik pemeriksaan di kliniknya dan juga beberapa hospital tempatan.
Hakim Pennsylvania Patrick Kiniry menjatuhkan hukuman antara 79 hingga 158 tahun penjara.
Peguam Negara Pennsylvania, Josh Shapiro turut mengutuk perbuatan keji Barto kerana dia menggunakan kerjayanya untuk memenuhi kemahuannya.
"Ahli keluarga meletakkan kepercayaan kepada Barto untuk memberikan rawatan kepada anak-anak mereka.
"Tetapi dia telah menyalahgunakan kerjayanya untuk melakukan perkara keji itu.
"Dia sememangnya patut dipenjara seumur hidupnya di dalam penjara selepas melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap kanak-kanak," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Dr Johnnie Barto
#Kanak-kanak
#pakar pediatrik
#Pennsylvania
#seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan