Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki rakyat Malaysia sebanyak dua kali setelah memberinya ubat pelemah, lapor Channel NewsAsia.
Portal berita itu berkata Tan Kok Leong, 50, disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat pelemah, Dormicum dan Rosiden kepada mangsa, juga seorang doktor, di Hotel Oasia pada Julai 2013 selepas prosedur 'liposuction' atau menyedut lemak.
Menurut laporan itu, Tan didapati bersalah mencabul kehormatan mangsa selama dua malam, setelah memberi ubat pelemah kepada pesakit berusia 33 tahun itu dengan alasan untuk melegakan rasa sakit.
Memetik Hakim Daerah Siva Shanmugam, portal itu berkata Tan "menyalahgunakan kedudukannya dengan mengambil kesempatan daripada kepercayaan mangsa terhadapnya", berikutan hubungan unik antara mereka doktor-pesakit - dan mangsa, seorang doktor muda, juga menganggap Tan sebagai mentornya.
Tan memberi ubat berkenaan kepada mangsa hingga menyebabkan lelaki itu menjadi "rentan dan tidak berdaya mempertahankan diri daripadanya; membogelkan mangsa untuk merakam lebih 20 gambar alat sulitnya tanpa pengetahuan atau keizinan mangsa.
Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa setelah mencabul kehormatan mangsa yang tidak sedarkan diri, Tan memakaikan kembali pakaiannya agar apabila tersedar, mangsa tidak menyedari apa yang dilakukan tertuduh terhadapnya.
Menurut laporan itu, pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Alan Loh dan Pembantu Pendakwa Raya Thiagesh Sukumaran mendesak mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun lapan bulan terhadap Tan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja hukuman terhadap Tan diumumkan, peguamnya, Edmond Pereira memberitahu mahkamah bahawa doktor itu akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Laporan itu berkata Tan dibenarkan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuannya.
Bernama
Sat Jul 30 2016
Seorang doktor kecantikan disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat pelemah kepada mangsa selepas prosedur 'liposuction'. -Gambar hiasan
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Cabul pesakit rakyat Malaysia, doktor kecantikan dihukum penjara
Seorang doktor kecantikan disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat pelemah kepada mangsa selepas prosedur 'liposuction'.