Skip to main content

Dunia

Persatuan Pemilik Kedai Bangladesh tetapkan waktu tutup 8 malam bagi jimat tenaga

51719050758_DhakaBangladesh.jpg
Langkah itu bertujuan menyokong inisiatif penjimatan tenaga kerajaan di tengah-tengah krisis tenaga antarabangsa yang sedang berterusan. - Gambar fail

DHAKA: Persatuan Pemilik Kedai Bangladesh memutuskan yang semua kedai dan pusat beli-belah di seluruh negara, termasuk di ibu negara Dhaka, akan ditutup setiap hari pada 8 malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik dan bahan api.

Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS) melaporkan bahawa keputusan itu dibuat pada Khamis dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa Tetap persatuan dan Persatuan Pemilik Kedai Metropolitan Dhaka, menurut satu kenyataan media.

Advertisement

Langkah itu bertujuan menyokong inisiatif penjimatan tenaga kerajaan di tengah-tengah krisis tenaga antarabangsa yang sedang berterusan, menurut kenyataan itu lagi.

Walaupun arahan penutupan terpakai hanya kepada semua operasi runcit dan komersial di seluruh negara termasuk di ibu negara, persatuan itu memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan penting seperti hotel, farmasi, kedai perkhidmatan kecemasan dan pasar basah dikecualikan.

-- BERNAMA-BSS

 

Must Watch Video