awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: China lakukan saringan ke atas pelawat

Bernama
Bernama
16/08/2024
08:15 MYT
Cacar monyet: China lakukan saringan ke atas pelawat
Individu yang memasuki China dari negara-negara yang merekodkan kes, mereka yang berhubung atau berinterasi dengan seseorang yang dijangkiti mpox, atau mereka yang mempunyai gejala akan diuji. - Gambar hiasan
BEIJING: China memulakan saringan terhadap individu yang memasuki negara itu bagi mengesan virus mpox atau dikenali sebagai cacar monyet untuk enam bulan akan datang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pentadbiran kastam China pada Jumaat.
Individu yang memasuki China dari negara-negara yang merekodkan kes, mereka yang berhubung atau berinterasi dengan seseorang yang dijangkiti mpox, atau mereka yang mempunyai gejala akan diuji.
Kenderaan, barangan dan produk import lain dari kawasan yang terjejas oleh kes mpox juga harus disanitasi, menurut kenyataan itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam global, iaitu tahap amaran tertinggi.
Pengisytiharan itu dilakukan berikutan wabak jangkitan mpox di Congo telah merebak ke negara jiran.
WHO mendedahkan bahawa terdapat risiko wabak boleh merebak ke peringkat antarabangsa semula selepas penularan pada 2022 dan menjadi ancaman kesihatan yang meluas.
Pada Khamis, Sweden merekodkan kes pertama di luar benua Afrika untuk varian baharu mpox.
Varian clade I dipercayai lebih mudah berjangkit daripada varian sebelum ini dan berpotensi menyebabkan jangkitan yang teruk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#cacar monyet
#saringan kesihatan
#Pelancong asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan