awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: China lapor kes pertama

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2022
23:30 MYT
Cacar monyet: China lapor kes pertama
Individu terbabit memasuki bandar Chongqing dalam transit dari luar negara dan menunjukkan gejala seperti ruam kulit semasa tempoh kuarantin untuk COVID-19. - Gambar hiasan
BEIJING: China melaporkan kes pertama wabak cacar monyet di negara itu yang dikesan di bandar Chongqing, pada Jumaat.
Kes itu melibatkan seorang individu yang tiba dari luar negara.
Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, risiko penularan adalah rendah kerana individu berkenaan telah dikuarantinkan sebaik tiba di Chongqing.
Pada masa sama, kesemua kontak rapatnya telah diletakkan di bawah pemerhatian perubatan secara berasingan.
Dilaporkan, individu terbabit memasuki bandar Chongqing dalam transit dari luar negara dan menunjukkan gejala seperti ruam kulit semasa tempoh kuarantin untuk COVID-19.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar 90 negara bukan endemik cacar monyet telah melaporkan kes wabak tersebut yang telah diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global.
Setakat ini, terdapat lebih 60,000 kes yang disahkan dan beberapa negara bukan endemik melaporkan kematian berkaitan pertama mereka.
Virus cacar monyet disebarkan melalui hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti, haiwan atau bahan tercemar, biasanya menyebabkan simptom yang serupa tetapi lebih ringan daripada cacar, seperti demam, sakit kepala dan ruam.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#China
#WHO
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan