TEHRAN: Iran melaporkan kes pertama cacar monyet melibatkan seorang wanita berusia 34 tahun yang tinggal di Ahvaz.

Jurucakap Kementerian Kesihatan negara itu, wanita berkenaan yang tinggal bersama keluarganya dikesan menghidap cacar monyet selepas mengalami simptom di kulit tangannya.

Cacar monyet boleh merebak dengan sentuhan fizikal rapat dengan luka orang yang dijangkiti, pakaian atau cadar mereka.

Pakar turut mengenalpasti hubungan seksual boleh memudahkan lagi transmisi jangkitan.

Bagiamanapun kebanyakan yang dijangkiti pulih daripada cacar monyet tanpa memerlukan rawatan, namun terdapat kes yang dilaporkan mengakibatkan komplikasi termasuk keradangan otak dan kematian.

Bulan lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan global selepas dilaporkan lebih 31,000 kes cacar monyet dilaporkan di hampir 90 negara.

BACA: Wabak cacar monyet diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global - WHO