awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: White House ikrar perangi jangkitan

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2022
00:40 MYT
Cacar monyet: White House ikrar perangi jangkitan
Lebih 1.1 juta dos vaksin kini tersedia dan kapasiti diagnostik domestik dipertingkat kepada 80,000 ujian setiap minggu, menurut kenyataan White House. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: White House berjanji akan berusaha sebaik mungkin bagi menamatkan wabak cacar monyet.
Ini susulan kerajaan persekutuan mengisytiharkannya sebagai kecemasan kesihatan awam pada Khamis bagi meningkatkan tindak balas terhadap wabak yang kini menjangkiti lebih 6,000 rakyat Amerika Syarikat (AS).
Lebih 1.1 juta dos vaksin kini tersedia dan kapasiti diagnostik domestik dipertingkat kepada 80,000 ujian setiap minggu, menurut kenyataan White House.
"Kami telah menyediakan lebih daripada 1.1 juta dos dan menghantar lebih daripada 600,000 dos.
"Dos tersebut kini dihantar ke negeri-negeri dan sebagainya, dan dengan dos tambahan dihantar setiap hari.
"Kami juga telah memesan 5.5 juta dos tambahan. Ini hanyalah sebahagian daripada proses yang berlaku.
"Kami bertindak pantas dalam perkara ini, dan itulah yang kami lakukan beberapa minggu kebelakangan."
Pengisytiharan itu dibuat ketika pentadbiran Presiden Joe Biden berdepan kritikan mengenai kesiapsiagaan vaksin cacar monyet.
Klinik di bandar utama seperti New York dan San Francisco mendakwa mereka tidak menerima cukup vaksin dua suntikan untuk memenuhi permintaan.
Ada juga klinik yang terpaksa berhenti menawarkan dos kedua untuk memastikan ketersediaan bekalan dos pertama.
Negeri-negeri seperti California, Illinois dan New York telah membuat pengisytiharan kecemasan pada minggu lepas, begitu juga dengan New York City, San Francisco dan San Diego County.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Amerika Syarikat
#White House
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan