awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAIR kecam pembunuhan warga AS-Palestin oleh pelampau Israel di Tebing Barat

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2025
09:26 MYT
CAIR kecam pembunuhan warga AS-Palestin oleh pelampau Israel di Tebing Barat
CAIR mengutuk keras pembunuhan Seif al-Din Muslat (foto) yang didakwa dipukul hingga mati oleh pelampau Israel di Sinjil, utara Ramallah. -Foto Facebook CAIR
WASHINGTON: Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengutuk keras insiden pembunuhan seorang warga Amerika Palestin, Seif al-Din Muslat, yang didakwa dipukul hingga mati oleh pelampau Israel di bandar Sinjil, utara Ramallah, Tebing Barat yang diduduki.

Ringkasan AI
  • Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengutuk keras pembunuhan Seif al-Din Muslat, warga Amerika Palestin berusia 23 tahun, yang didakwa dipukul hingga mati oleh pelampau Israel di Sinjil, utara Ramallah.
  • CAIR menyifatkan insiden itu sebagai serangan perkauman yang dilindungi kerajaan Israel dan menuntut tindakan tegas daripada pentadbiran Amerika Syarikat, termasuk siasatan oleh Jabatan Kehakiman.
  • Kes ini menambah kepada senarai insiden melibatkan kematian warga Amerika di tangan pelampau atau tentera Israel, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kekebalan dan ketelusan siasatan di wilayah yang diduduki.

Dalam kenyataan rasmi, CAIR menyifatkan tindakan tersebut sebagai serangan perkauman yang disokong dan dilindungi oleh kerajaan Netanyahu, serta menuntut pentadbiran Presiden Donald Trump agar mengutamakan kepentingan Amerika dengan mengambil tindakan terhadap Israel berhubung kematian warganya.
Muslat, 23, dilaporkan berasal dari Florida dan sedang melawat keluarganya di Palestin apabila diserang oleh sekumpulan pelampau Yahudi.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, mangsa mengalami kecederaan parah akibat dipukul di seluruh badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
CAIR turut mengingatkan bahawa insiden ini bukan yang pertama melibatkan kematian warga Amerika di tangan pelampau atau tentera Israel.
Antara kes terdahulu termasuk wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, yang ditembak oleh penembak tepat Israel pada 2022, serta aktivis keamanan Turki-Amerika, Aysenur Ezgi Eygi, yang terbunuh ketika membantah penempatan haram.
“Setiap pembunuhan warga Amerika oleh pelampau Israel tidak pernah dikenakan tindakan oleh kerajaan Amerika, dan ini memberi isyarat bahawa kekebalan terhadap jenayah seperti ini terus berleluasa,” kata Timbalan Pengarah CAIR, Edward Ahmed Mitchell.
CAIR juga menyeru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat agar membuka siasatan terhadap insiden-insiden terdahulu yang melibatkan kematian warga Amerika di wilayah yang diduduki, sambil menegaskan bahawa kegagalan bertindak akan terus menggalakkan kekerasan terhadap rakyat sendiri.
Setakat ini, tiada tangkapan dilaporkan berhubung insiden tersebut.
Tentera Israel menyatakan siasatan sedang dijalankan, namun kumpulan hak asasi manusia menyuarakan keraguan terhadap ketelusan proses tersebut.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Majlis Hubungan Amerika-Islam
#cair
#Seif al-Din Muslat
#pelampau Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami