Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara

Laura Fernandez daripada Parti Rakyat Berdaulat (PPSO) menang besar dalam pilihan raya umum Costa Rica dengan hampir 49% undi. -Foto AP
SAN JOSE: Calon pemerintah, Laura Fernández, meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum Costa Rica dan bakal mengangkat sumpah sebagai presiden baharu selepas memperoleh hampir separuh undi ketika lebih 80% peti undi dikira, sekali gus melepasi ambang 40% untuk mengelak pusingan kedua pada 5 April.
Ringkasan AI
- Laura Fernandez daripada Parti Rakyat Berdaulat (PPSO) menang besar dalam pilihan raya umum Costa Rica dengan hampir 49% undi, mengelakkan pusingan kedua pada 5 April.
- Ahli ekonomi Alvaro Ramos mengaku kalah, sementara Fernndez menjanjikan perubahan mendalam yang tidak boleh diputar balik dan memasuki era politik baharu.
- Fernndez akan fokus pada keselamatan negara dengan cadangan kuasa darurat terhad di kawasan berisiko dan pembinaan penjara keselamatan tinggi, walaupun mendapat kritikan berhubung kebebasan sivil.
Sistem pilihan raya Costa Rica mengisytiharkan pemenang pusingan pertama sekiranya calon memperoleh sekurang-kurangnya 40% undi sah.
Ramos berikrar menjadi pembangkang konstruktif serta akan menyokong dasar yang baik untuk negara, namun menentang keputusan yang tidak sejajar dengan kepentingan rakyat.
Dalam ucapan kemenangannya, Fernández menegaskan bahawa “perubahan akan mendalam dan tidak boleh diputar balik”, sambil menyifatkan negara itu sedang memasuki era politik baharu dan menyeru pembinaan “republik ketiga”.
Keputusan awal turut menunjukkan PPSO dijangka meraih majoriti mudah sekitar 30 daripada 57 kerusi Kongres, satu lonjakan besar berbanding lapan kerusi sebelum ini, namun masih belum mencapai tahap “supermajoriti” yang diperlukan untuk kuasa legislatif lebih luas.
Berusia 39 tahun, Fernández dilihat sebagai pelapis pilihan Presiden Rodrigo Chaves, setelah pernah berkhidmat sebagai menteri perancangan nasional dan ketua staf di pejabat presiden.
Kempen beliau dibina atas kesinambungan dasar Chaves, termasuk pendekatan keras terhadap jenayah terancang dan mesej anti-penubuhan.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk melantik Chaves ke dalam pentadbiran baharunya walaupun perlembagaan tidak membenarkan penyandang berturut-turut.
Dalam bidang keselamatan, manifesto Fernández mencadangkan kuasa darurat terhad di kawasan berisiko tinggi serta meneruskan pembinaan penjara keselamatan tinggi berinspirasikan kemudahan CECOT di El Salvador.
Walaupun pengkritik bimbang langkah itu boleh mengehadkan kebebasan sivil, pasukannya berhujah tindakan tegas diperlukan berikutan lonjakan kes keganasan dan pembunuhan berkaitan kartel dadah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lonjakan jenayah kekal sebagai isu utama buat 3.7 juta pengundi Costa Rica pada pilihan raya kali ini, ketika negara yang selama ini terkenal aman merekodkan kadar pembunuhan tertinggi dalam sejarah pada 2023.
Pemerhati melihat faktor keselamatan sebagai pemacu utama kemenangan Fernández.
Dari sudut geopolitik dan aliran politik serantau, kemenangan Fernández mengekalkan arus populis kanan di San José dan mencerminkan pola serantau yang menyaksikan calon berhaluan sama meraih kejayaan di beberapa negara Amerika Latin.
Fernández juga bakal menjadi presiden wanita kedua Costa Rica, selepas Laura Chinchilla (2010–2014).
Dalam ucapan kepada penyokong di ibu negara, Fernández menegaskan keutamaan pentadbiran baharunya termasuk memulihkan keyakinan terhadap institusi, mempercepat pembaharuan keselamatan dan menstabilkan tadbir urus.
Penganalisis menjangka fokus awal beliau ialah membina jajaran kerja dengan Kongres serta menunjukkan “hasil cepat” dalam memerangi jenayah tanpa mengabaikan kebimbangan masyarakat sivil mengenai hak asasi dan semak imbang.
Proses pengundian dan pengiraan undi berjalan lancar tanpa insiden besar, menurut laporan media tempatan dan antarabangsa.
Pemerhati turut menyifatkan keputusan kali ini sebagai referendum terhadap gaya kepimpinan Chaves yang tegas, sekali gus menandakan mandat jelas untuk kesinambungan agenda keselamatan negara.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah calon pemerintah yang meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum Costa Rica? A: Laura Fernndez daripada Parti Rakyat Berdaulat (PPSO).
- Q: Apakah persentase undi yang diperoleh oleh Laura Fernndez dan pencabarnya, Alvaro Ramos? A: Laura Fernndez meraih kira-kira 48.9% undi manakala Álvaro Ramos memperoleh kira-kira 33% undi.
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Álvaro Ramos selepas mengakui kekalahan dalam pilihan raya? A: Álvaro Ramos berikrar untuk menjadi pembangkang konstruktif serta menyokong dasar yang baik untuk negara.
- Q: Bagaimanakah keputusan awal pilihan raya menunjukkan potensi perubahan dalam keseimbangan kuasa di Kongres? A: PPSO dijangka meraih majoriti mudah sekitar 30 daripada 57 kerusi Kongres, namun belum mencapai tahap "supermajoriti" yang diperlukan.
- Q: Apa yang dicadangkan dalam manifesto keselamatan Fernández sebagai langkah untuk memerangi jenayah? A: Fernández mencadangkan kuasa darurat terhad di kawasan berisiko tinggi serta pembinaan penjara keselamatan tinggi berinspirasikan kemudahan CECOT di El Salvador.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

