LONDON: Setiausaha Luar Britain Liz Truss berada 22 mata peratusan di hadapan pesaingnya Rishi Sunak dalam persaingan untuk menjadi Perdana Menteri Britain.
Menurut tinjauan ahli Parti Konservatif oleh Opinium Research, itu antara sampel 450 ahli parti yang telah membuat keputusan bagaimana mereka akan mengundi dalam pemilihan kepimpinan yang sedang berlangsung.
Opinium Research juga berkata, tinjauan pendapat lain turut mendedahkan Truss sebagai pendahulu pada 61 peratus.
Manakala Sunak, bekas Menteri Kewangan pada 39 peratus.
Kira-kira 200,000 ahli Konservatif yang memerintah mengundi untuk memutuskan pengganti perdana menteri Boris Johnson yang meletak jawatan selepas beberapa siri skandal.
Saiz sampel keseluruhan, termasuk mereka yang tidak menyatakan keutamaan mengundi, ialah 570 dengan kurang daripada satu pertiga iaitu 29 peratus menyatakan telah mengundi.
Manakala 47 peratus lagi berkata telah membuat keputusan dan 19 peratus masih di atas pagar.
Undian pimpinan dari 8 hingga 12 Ogos berlangsung melalui pos, dengan pemenang akan diumumkan pada 5 September.
Tinjauan pendapat menunjukkan tiga sebab utama untuk menyokong Truss adalah tidak menyukai Sunak, persepsi bahawa beliau lebih boleh dipercayai, dan Truss tetap setia kepada Johnson.
Penyokong Sunak pula berkata beliau lebih baik dari segi ekonomi dan paling cekap atau bijak di antara kedua-dua calon.
Astro Awani
Sat Aug 13 2022
Liz Truss (kanan) berada 22 mata peratusan di hadapan pesaingnya Rishi Sunak (kiri) dalam persaingan untuk menjadi Perdana Menteri Britain. -Gambar fail
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Calon PM Britain: Liz Truss mendahului Sunak - Tinjauan
Liz Truss berada 22 mata peratusan di hadapan pesaingnya Rishi Sunak dalam persaingan untuk menjadi Perdana Menteri Britain.