GADGETS
HUAWEI MatePad 11.5 Edisi PaperMatte 2025 tampil dengan pengalaman setaraf PC

HUAWEI MatePad 11.5 Edisi PaperMatte 2025 ditawarkan pada harga RM1,599 bersama hadiah eksklusif termasuk HUAWEI M-Pencil dan WPS Office versi PC. – Foto ihsan HUAWEI
KUALA LUMPUR: HUAWEI meneruskan inovasi dalam dunia teknologi tablet dengan pelancaran rasmi HUAWEI MatePad 11.5 Edisi PaperMatte 2025, sebuah tablet berasaskan HarmonyOS 4.3 yang direka khas untuk mereka yang mahukan pengalaman kerja setaraf komputer riba (PC) dalam format mudah alih.
Peranti baharu ini menggabungkan paparan HUAWEI FullView PaperMatte bersaiz 11.5 inci dengan teknologi Circularly Polarized Light, menawarkan paparan anti-silau yang menyerlah walaupun di bawah cahaya terang, tanpa menjejaskan ketepuan warna dan keselesaan mata.
Ia juga menerima pensijilan daripada TÜV Rheinland dan SGS, menjadikannya pilihan ideal untuk pelajar, profesional dan pencipta kandungan yang sering bekerja dalam persekitaran bercahaya tinggi.
Dilengkapi dengan HUAWEI Smart Keyboard berteknologi Bluetooth dan sistem magnetik ringan, pengguna boleh menukar antara mod Split dan Laptop dengan mudah.Bersama-sama aplikasi WPS Office versi PC seperti Word, PowerPoint dan Excel, tablet ini menyokong kerja penyuntingan profesional di mana jua.
Untuk pengguna yang kerap membuat catatan dan melukis, HUAWEI menyertakan sokongan HUAWEI M-Pencil generasi ketiga, yang menawarkan respons ultra pantas dengan kadar pensampelan 240Hz, pengecasan tanpa wayar, serta ciri AI Handwriting Enhance untuk tulisan tangan yang lebih kemas dan semula jadi menerusi HUAWEI Notes.
Reka bentuk unibodi logam sepenuhnya dengan ketebalan hanya 6.1mm dan berat 515g menjadikan peranti ini sangat mudah dibawa, manakala sistem audio empat pembesar suara berteknologi Histen 9.0, kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP melengkapkan pengalaman hiburan dan komunikasi.
Kuasa tahan lama turut menjadi kelebihan tablet ini, dengan bateri 10,100 mAh yang mampu memainkan video sehingga 14 jam, dan menyokong HUAWEI SuperCharge 40W, PD 3.1 serta pengecasan tanpa wayar untuk aksesori.
HUAWEI mengumumkan bahawa pra-tempahan untuk HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 kini dibuka sehingga 26 Ogos 2025, pada harga RM1,599.
Pembeli awal akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM698 termasuk HUAWEI M-Pencil (Gen 3) dan akses penuh kepada WPS Office versi PC.
Pra-tempahan boleh dibuat menerusi semua HUAWEI Experience Store, Laman Web Rasmi HUAWEI, serta kedai dalam talian rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari laman web rasmi HUAWEI atau ikuti saluran media sosial HUAWEI Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami