awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Suntory letak jawatan selepas disiasat berhubung pembelian suplemen

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2025
08:59 MYT
CEO Suntory letak jawatan selepas disiasat berhubung pembelian suplemen
Takeshi Niinami (foto) meletak jawatan susulan siasatan polis berkaitan pembelian suplemen yang berpotensi mengandungi bahan terlarang. -Gambar fail/Reuters
TOKYO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat minuman terkemuka Jepun meletak jawatan susulan siasatan polis berhubung pembelian suplemen yang berpotensi mengandungi bahan terlarang.

Ringkasan AI
  • Ketua Pegawai Eksekutif Suntory Holdings, Takeshi Niinami, meletak jawatan susulan siasatan polis berkaitan pembelian suplemen yang berpotensi mengandungi bahan terlarang.
  • Produk tersebut dikatakan mengandungi komponen berkaitan ganja dan dihantar ke kediaman Niinami oleh kenalan wanita, namun tiada pengesahan rasmi mengenai pemilikan atau penggunaan dadah.
  • Peletakan jawatan berkuat kuasa 1 September bagi menjaga integriti syarikat dan memberi ruang kepada siasatan tanpa gangguan.

Menurut kenyataan rasmi syarikat pada Selasa, Takeshi Niinami, yang juga Pengerusi Suntory Holdings, dilaporkan membeli produk suplemen dari luar negara yang disyaki mengandungi komponen berkaitan ganja, termasuk THC — bahan aktif utama dalam kanabis.
Niinami, 66, dikenali sebagai tokoh korporat lantang dan pernah menjadi penasihat ekonomi kepada beberapa Perdana Menteri Jepun.
Menurut Suntory, Niinami memaklumkan bahawa beliau membeli produk tersebut dengan keyakinan bahawa ia sah di sisi undang-undang.
Bagaimanapun, pihak berkuasa di wilayah Fukuoka telah menjalankan siasatan susulan penahanan seorang lelaki berkaitan kes dadah pada Julai lalu, yang dipercayai ada kaitan dengan penghantaran produk ke kediaman Niinami.
Polis telah menjalankan pemeriksaan di rumah Niinami di Tokyo, namun tiada pengesahan rasmi mengenai pemilikan atau penggunaan dadah terlarang setakat ini.
Beliau turut dilaporkan memberitahu bahawa produk tersebut dihantar oleh seorang kenalan wanita tanpa diminta.
Presiden Suntory, Nobuhiro Torii, dalam sidang media tergempar, menyatakan bahawa peletakan jawatan Niinami berkuat kuasa 1 September dan dibuat atas inisiatif sendiri bagi menjaga integriti syarikat serta memberi ruang kepada siasatan dijalankan tanpa gangguan.
Niinami merupakan individu pertama yang mengetuai Suntory dari luar keluarga pengasas dan memainkan peranan penting dalam pengembangan global syarikat, termasuk pengambilalihan pengeluar Jim Beam bernilai AS$16 bilion pada 2014.
Jepun mempunyai undang-undang dadah yang amat ketat, dan sebarang kesalahan berkaitan pemilikan atau pengimportan bahan terlarang boleh membawa hukuman penjara.
Topic Berkaitan
#Takeshi Niinami
#CEO letak jawatan
#pembelian suplemen
#Suntory Holdings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan