awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cesar Pelli, pereka Menara Berkembar Petronas meninggal dunia

Agensi
Agensi
20/07/2019
01:34 MYT
Cesar Pelli, pereka Menara Berkembar Petronas meninggal dunia
Argentina kehilangan seorang arkitek profesional yang juga pereka Menara Berkembar Petronas KLCC, Cesar Pelli pada Jumaat, lapor agensi berita tempatan negara itu, Telam. - Foto Instagram@pcparch
Argentina kehilangan seorang arkitek profesional yang juga pereka Menara Berkembar Petronas, Cesar Pelli pada Jumaat, lapor agensi berita tempatan negara itu, Telam.
Pemergian Pelli pada usia 92 tahun nyata meninggalkan kesan dalam industri arkitek kontemporari, lapor Reuters.
Melanjutkan pengajian dalam jurusan senibina, nama Pelli amat sinonim dengan hasil kerjanya menghasilkan reka bentuk beberapa buah bangunan tertinggi di dunia dan pelbagai lagi mercu tanda bandaraya utama.
Empayar kreativitinya berkembang sehingga ke Amerika Syarikat di mana terletaknya studio utama mendiang.
“Saya dengan penuh rendah diri menerima berita sedih tentang pemergian seorang arkitek yang hebat, Cesar Pelli. Takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukannya.
“Dia merupakan seorang pencipta dan legasinya akan kekal buat selamanya dalam setiap karya rekaannya,” kata Governor Tucuman, Juan Manzur dalam Twitter miliknya.
Con mucho pesar recibimos la triste noticia del fallecimiento del gran Arquitecto César Pelli. Quiero hacer llegar mis condolencias a toda su familia, sus amigos y a su equipo de trabajo.
— Juan Manzur (@JuanManzurOK) July 19, 2019
Sebagai rekod, pada tahun 1977, Pelli dilantik sebagai dekan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Yale, Amerika Syarikat dan merupakan pengasas Cesar Pelli & Associates.
Kegemilangan Pelli antaranya adalah menghasilkan rekaan KLCC yang mula dibina pada tahun 1996 dan pada waktu itu, menara berkembar itu merupakan menara tertinggi di dunia.
Menara berkembar KLCC
Menara berkembar KLCC
Selain itu, Pelli turut terkenal dengan magisnya mereka Pusat Kewangan Dunia di New York, Menara Canary Wharf di London dan kerja-kerja ubah suai muzium seni moden di New York.
Dalam pada itu, syarikat tenaga Argentina, YPF yang berpangkalan di Buenos Aires turut mendapat sentuhan Pelli.
Ternyata sentuhan Pelli bukan setakat di Argentina, malah kemegahan kreativitinya turut menjangkau hampir ke seluruh dunia. - Agensi
Topic Berkaitan
#Argentina
#arkitek
#Cesar Pelli
#KLCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan