ISTANBUL/MOSCOW: Presiden Xi Jinping dalam perbualan telefon pertamanya pada Rabu sejak Rusia melancarkan perang ke atas Ukraine tahun lepas memberitahu rakan sejawatannya dari Ukraine Volodymyr Zelenskyy bahawa China akan menghantar wakil khas ke negara itu, lapor Anadolu.
"China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine.
"Dua pihak perlu meneruskan tradisi saling menghormati dan ikhlas dan menggerakkan perkongsian strategik China-Ukraine," kata Xi kepada Zelenskyy, menurut Jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying.
Xi mengulangi pendirian China mengenai krisis Ukraine bahawa "China sentiasa memilih keamanan."
"Pendirian teras Beijing adalah untuk memudahkan rundingan untuk keamanan," kata Xi.
"China tidak mencetuskan krisis Ukraine dan juga bukan pihak yang terlibat dalam krisis.
"Sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan negara utama yang bertanggungjawab, China tidak akan berdiam diri dan tidak akan memburukkan lagi keadaan, kurangkan mengeksploitasi keadaan untuk keuntungan diri sendiri," kata presiden China itu kepada Zelenskyy.
Menekankan dialog dan rundingan sebagai "satu-satunya cara yang berdaya maju ke hadapan, Xi berkata: "China akan menghantar Wakil Khas Kerajaan China mengenai Hal Ehwal Eurasia ke Ukraine dan negara-negara lain untuk berkomunikasi secara mendalam dengan semua pihak mengenai penyelesaian politik krisis Ukraine."
"Semua pihak diharapkan serius memikirkan krisis Ukraine dan bersama-sama meneroka cara untuk membawa keamanan dan kestabilan yang berkekalan ke Eropah melalui dialog," katanya.
Bagi pihaknya, Zelenskyy berkata perbualan telefonnya dengan Xi "panjang dan bermakna."
"Saya berbual panjang dan bermakna dengan pemimpin China Xi Jinping. Saya percaya perbualan itu, serta pelantikan Duta Besar Ukraine ke China, akan memberi dorongan kuat kepada perkembangan hubungan dua hala kami," tulis Zelenskyy di Twitter.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Wed Apr 26 2023

Xi (kiri) memberitahu Zelenskyy (kanan) menerusi panggilan telefon pada 26 April, pendirian teras Beijing adalah untuk memudahkan rundingan untuk keamanan. - Gambar fail AP

Peningkatan ketagihan dalam kalangan belia, gesa larangan vape di seluruh negara - Lee
Larangan terhadap penggunaan produk vape perlu segera dikenakan di seluruh negara bagi menangani peningkatan risiko kesihatan dan penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan belia.

Israel tiada hak tentukan masa depan Gaza - Pelapor Khas PBB
Beliau merujuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel menamatkan pendudukan dan membayar pampasan.

Hamas puji pendirian negara-negara Eropah
Hamas memuji beberapa negara Eropah yang menuntut genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dihentikan.

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

Putin tidak tersenarai hadir rundingan damai Ukraine di Turkiye
Hasrat Zelenskyy untuk bertemu Putin secara peribadi tidak kesampaian kerana delegasi Rusia akan diketuai oleh pembantu presiden, Vladimir Medinsky.

Zelenskyy tunggu Putin di Ankara untuk rundingan gencatan senjata
"Saya akan lakukan apa sahaja untuk mencapai persetujuan gencatan senjata. Saya mesti berunding dengan Putin kerana hanya dia yang boleh membuat keputusan itu." - Zelenskyy

Zelenskyy harap gencatan senjata, akan bertemu Putin di Turkiye
Zelenskyy menyatakan harapannya untuk mencapai gencatan senjata penuh dan berkekalan dengan Rusia.

Trump, Zelenskyy bertemu di Vatican, usaha terbaharu capai keamanan Ukraine
Pertemuan ini merupakan yang pertama sejak pertembungan tegang antara kedua-dua mereka di Oval Office, Washington pada Februari lalu.

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Zelensky cadang gencatan senjata terhadap infrastruktur awam selama 30 hari
Cadangan itu dikemukakan sebagai tindak balas terhadap gencatan senjata sebelah pihak selama 30 jam yang diumumkan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Kyiv, Moscow saling tuduh satu sama lain langgar gencatan senjata
Rusia dan Ukraine saling menyalahkan antara satu sama lain berhubung pelanggaran gencatan senjata sempena Easter.

Putin umum gencatan senjata sehari sempena Easter
Putin umum gencatan senjata mengejut selama lebih 30 jam sempena sambutan Easter pada Sabtu.

Zelenskyy lantik Andriy Hnatov ketua staf am angkatan tentera Ukraine baharu
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, telah melantik Mejar Jeneral Andriy Hnatov sebagai ketua staf am angkatan tentera ukraine yang baharu, menggantikan Leftenan Jeneral Anatoliy Barhylevych.