awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China akan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia

Bernama
Bernama
10/10/2022
23:45 MYT
China akan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia
Menurut laporan Biro Statistik Negara baru-baru ini, kadar sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi dunia dalam tempoh sedekad lalu purata menduduki tempat pertama di dunia. - Foto CMG
BEIJING: China akan terus menyumbang bagi menyuntik lebih banyak elemen positif untuk pertumbuhan ekonomi dunia yang mampan, seimbang dan inklusif, kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning pada sidang media di sini, Ahad.
Menurut laporan Biro Statistik Negara baru-baru ini, kadar sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi dunia dalam tempoh sedekad lalu purata menduduki tempat pertama di dunia.
Meskipun mendepani pelbagai isu yang tidak stabil dan tidak menentu dalam situasi ekonomi sejagat seperti penularan wabak COVID-19 namun, pertumbuhan ekonomi China kekal stabil sekali gus memberi sumbangan positif kepada pemulihan ekonomi dunia.
Mao berkata dalam tempoh sedekad lalu, kadar pertumbuhan ekonomi China purata mencatat 6.6 peratus mendahului kadar pertumbuhan purata dunia iaitu 2.6 peratus dan kadar pertumbuhan purata entiti ekonomi membangun iaitu 3.7 peratus.
Kadar sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi dunia merekodkan 38.6 peratus yang melebihi keseluruhan sumbangan negara Kumpulan Tujuh Negara (G7).
Pada 2021, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China sebanyak 18.5 peratus jumlah ekonomi dunia meningkat 7.2 mata peratusan berbanding sedekad lalu.
Nilai dagangan luar China pada tahun lalu pula mencapai US$6.9 trilion (RM32 trilion) menjadikan negara ini entiti ekonomi kedua terbesar dan negara perdagangan terbesar dunia.
Mao berkata prospek ekonomi China dipercayai kondusif untuk suatu jangka masa yang panjang dan pelaksanaan dasar pintu terbukanya terus konsisten.
"China sudi terus meningkatkan tahap keterbukaan berdasarkan prinsip inklusif, saling menguntungkan dan situasi sama menang dan berkongsi dividen pembangunannya dengan dunia demi menyumbang lebih banyak tenaga positif kepada pertumbuhan ekonomi dalam senario global," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Mao Ning
#Pertumbuhan ekonomi dunia
#negara perdagangan terbesar dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan