awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China akhiri latihan ketenteraan di sekitar Taiwan

Bernama
Bernama
10/08/2022
12:20 MYT
China akhiri latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China pada Rabu mengumumkan telah menyelesaikan latihan ketenteraannya yang dilancarkan minggu lepas di sekitar Taiwan, sebagai membantah lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke pulau itu. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL (Turkiye): China pada Rabu mengumumkan telah menyelesaikan latihan ketenteraannya yang dilancarkan minggu lepas di sekitar Taiwan, sebagai membantah lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke pulau itu.
Komando Pasukan Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) berkata ia "telah berjaya menyelesaikan pelbagai misi semasa latihan baru-baru ini di sekitar pulau Taiwan dan telah menguji dengan berkesan kapasiti tempur operasi bersama tentera," lapor Agensi Anadolu yang memetik akhbar China Global Times.
Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas China mengeluarkan Kertas Putih yang enggan menolak penggunaan kekerasan untuk menyatukan Taiwan dengan tanah besar. Bagaimanapun, ia menambah bahawa China akan "bekerja dengan penuh keikhlasan untuk mencapai penyatuan secara aman."
Pada Selasa dan Rabu lalu, Pelosi melakukan lawatan singkat ke pulau itu, yang merupakan lawatan anggota dewan AS berpangkat tinggi yang pertama ke negara itu selepas 25 tahun.
Pelosi meneruskan lawatan itu meskipun Beijing memberi amaran bahawa pulau itu adalah wilayahnya yang terpisah, dan lawatan itu akan melanggar dasar "Satu China" negara itu.
Tidak lama selepas Pelosi meninggalkan Taipei, Beijing melancarkan latihan ketenteraan besar-besaran Khamis lalu yang dijadualkan berakhir pada Ahad, tetapi dilanjutkan sehingga Rabu.
Beijing juga mengenakan sekatan ke atas Pelosi dan keluarga terdekatnya serta menurunkan taraf dialog ketenteraan dengan AS dan menggantung kerjasama dalam perubahan iklim selain enam langkah "tindak balas" lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#latihan ketenteraan
#Taiwan
#Speaker Dewan Rakyat AS
#Nancy Pelosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan