BEIJING: Pasukan penyelidik China berjaya menempatkan stesen pemantauan meteorologi automatik di puncak Gunung Qomolangma, pada tengah hari Rabu.
Berada pada ketinggian lebih 8,800 meter, ia merupakan stesen meteorologi yang tertinggi di dunia, sekali gus menjadikannya sangat signifikan dalam sejarah kajian saintifik Dataran Tinggi Qinghai-Tibet.
Kemudahan itu mengatasi stesen meteorologi yang berada pada ketinggian 8,430 meter di sebelah selatan gunung yang dibina saintis British dan Amerika Syarikat (AS) pada 2019.
Menurut Institut Penyelidikan Dataran Tinggi Tibet (ITP) di bawah Akademi Sains China (CAS), pencapaian terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan stesen meteorologi yang berada di altitud berbeza di Gunung Qomolangma mencecah lapan buah.
Ahli penyelidik ITP, Zhao Huabiao berkata data meteorologi yang dipantau akan menyokong penyelidikan saintifik dan aktiviti mendaki gunung.
Pada Rabu, seramai 13 penyelidik berjaya sampai di puncak gunung, dan buat julung kalinya mengukur ketebalan ais dan salji dengan radar berketepatan tinggi, serta mengumpul sampel berkenaan untuk kajian lanjut.
Dengan kajian lapangan paling banyak, bilangan peserta paling ramai serta peralatan dan kelengkapan paling canggih, ekspedisi bergelar "Misi Puncak" itu adalah antara yang terbesar sejak program kajian saintifik di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet bermula pada 2017.
Penyelidikan berkenaan penting bagi memastikan kelestarian alam sekitar di dataran tinggi itu dapat dicapai, dan menjadikan negara ini peneraju dalam bidang ekspedisi di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022
Pasukan penyelidik China berjaya menempatkan stesen pemantauan meteorologi automatik di puncak Gunung Qomolangma, pada tengah hari Rabu. -Foto Sinar Harian
Pemandu maut tersepit, nahas dua kenderaan di Lekir
Mangsa berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
Usaha diplomasi antarabangsa untuk tamatkan konflik di Gaza - PBB
Diplomasi itu diharap dapat membantu mengurangkan konflik daripada merebak lebih luas.
AS desak Israel lindungi nyawa penduduk awam Palestin
Timbalan Duta Amerika ke PBB, Robert Wood mendesak Israel melindungi nyawa penduduk awam Palestin di Gaza.
Angin kencang 'alihkan' pesawat di parkir
Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan setinggi 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth.
AWANI Pagi: Debat Epitomi Minda Madani: Piala Timbalan Perdana Menteri
Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri bakal berlangsung pada 7 hingga 10 Jun depan bertemakan Debat Epitome Minda Madani. Ikuti temu bual bersama Shahrizal Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA dan Ts Dato' Sayed Alfeizal Sayed Ahmad, Presiden MUAFAKAT MARA Malaysia bersama #AWANIPagi.
Warga emas rentung dalam kebakaran kereta
Mayat mangsa berusia 71 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
India rekod suhu 52.3 Celsius, panas melampau
Suhu musim panas yang luar biasa ini berkemungkinan akan reda bermula Khamis selepas angin dari Laut Arab menghampiri wilayah itu.
Israel guna helikopter tentera serang Rafah
Serangan terbaharu menyaksikan sebuah helikopter Israel melepaskan tembakan ke atas Rafah.
Rozila pecah tradisi wanita pertama urus operasi TH di Mekah
Menjadi wanita pertama menggalas tugas sebagai Pengarah Operasi Tabung Haji (TH) Mekah bagi musim 1445H/2024M, Rozila Omar Ali tidak pernah menyangka pengalaman dan kepakarannya menguruskan bahagian penyelidikan dan pembangunan haji di Jabatan Haji, ibu pejabat TH membuatkannya terpilih untuk jawatan tersebut, yang lazimnya dipikul lelaki.
China bina stesen meteorologi tertinggi dunia
Ia merupakan stesen meteorologi yang tertinggi di dunia, sekali gus menjadikannya sangat signifikan dalam sejarah kajian saintifik Dataran Tinggi Qinghai-Tibet.