awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China dakwa Washington tiada bukti TikTok ancam keselamatan AS

Bernama
Bernama
17/03/2023
08:32 MYT
China dakwa Washington tiada bukti TikTok ancam keselamatan AS
Wang menuduh Washington menyebar maklumat salah dan menyekat TikTok. -Gambar hiasan/Reuters
ISTANBUL: China pada Khamis mendakwa Washington tidak memberikan sebarang bukti bahawa aplikasi perkongsian video TikTok merupakan ancaman pada keselamatan negara Amerika Syarikat (AS).
"AS masih belum membuktikan bahawa TikTok mengancam keselamatan negaranya," lapor Anadolu Agency memetik kenyataan jurucakap kementerian luar China Wang Wenbin pada sidang akhbar di Beijing.
Wang menuduh Washington menyebar maklumat salah dan menyekat TikTok.
"AS wajar berhenti menyebarkan maklumat salah tentang keselamatan datanya, berhenti daripada menindas syarikat yang berkaitan dan menyediakan persekitaran yang terbuka, adil dan tidak mendiskriminasi perniagaan asing untuk melabur dan beroperasi di AS," katanya.
Kebimbangan Beijing terhadap kemungkinan tindakan oleh Washington terhadap aplikasi perkongsian video itu muncul selepas pemilik TikTok China berkata pentadbiran Biden telah meminta mereka menjual saham syarikat itu atau berhadapan risiko diharamkan di AS.
"China percaya bahawa keselamatan data tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menyalahgunakan konsep keselamatan negara dan kuasa negara untuk menindas syarikat asing," kata Wang.
Menurut eksekutif platform itu, 60 peratus saham syarikat induk TikTok ByteDance dimiliki oleh pelabur asing, 20 peratus oleh pekerja manakala 20 peratus lagi oleh pengasasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#China
#Amerika Syarikat
#keselamatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan