KAHERAH: Menteri Luar China, Wang Yi menggesa penubuhan negara Palestin dan gencatan senjata di Gaza dalam perang yang telah berlarutan selama 100 hari, pada Ahad.
Dalam sidang akhbar dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Sameh Shoukry di Kaherah, diplomat tertinggi China itu berkata: "Terdapat keperluan untuk mendesak penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat penuh dengan timur Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya."
Kenyataan bersama daripada kedua-dua menteri menggesa penamatan segera "semua tindakan keganasan, pembunuhan dan penyasaran orang awam serta pertubuhan awam".
Wang juga membincangkan konflik dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, dengan kedua-dua pihak bersetuju gencatan senjata "harus dicapai secepat mungkin untuk mengelakkan konflik daripada terus menular."
Israel melancarkan kempen ketenteraan yang kejam sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober.
Di Gaza, sekurang-kurangnya 23,968 orang terbunuh, majoritinya wanita dan kanak-kanak.
Sameh dan Wang menggesa sidang kemuncak antarabangsa perdamaian untuk mencari penyelesaian yang adil, komprehensif dan berkekalan kepada perjuangan Palestin dengan menamatkan pendudukan Israel dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.
Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang diduduki dipisahkan oleh Israel.
Kedua-duanya telah dirampas oleh Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967.
Presiden China, Xi Jinping sebelum ini telah menggesa diadakan “persidangan keamanan antarabangsa” untuk menyelesaikan konflik itu.
China secara sejarah bersimpati kepada perjuangan Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara
untuk konflik Palestin-Israel.
Wang kini dalam jelajah Afrika yang akan menyaksikan beliau juga melawat Togo, Tunisia dan Ivory Coast. - Agensi
Agensi
Mon Jan 15 2024
Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry (kanan) mengadakan perbincangan rakan seperjuangannya dari China, Wang Yi di Kaherah, pada Ahad. - Gambar AP
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Bayi di Gaza diselamatkan dari rahim ibu yang syahid dalam serangan Israel
Bayi perempuan seberat 1.4 kilogram itu dilahirkan melalui proses pembedahan C-section itu berada dalam keadaan stabil.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.
Cucu pemimpin Hamas yang cedera dalam serangan Israel meninggal dunia
Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel.
Pembunuhan anak pemimpin Hamas tiada kaitan dengan gencatan senjata, rundingan tebusan, kata Israel
Pegawai Israel nafi dakwaan pembunuhan tiga anak Ismail Haniyeh berkait rapat dengan rundingan gencatan senjata dan perjanjian tebusan.
Tiga anak, tiga cucu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh maut dalam serangan udara Israel
Kesemua mangsa terkorban ketika menaiki kereta untuk melawat saudara mara mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.