awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China harap dapat pacu perkembangan pertanian bersama ASEAN

Bernama
Bernama
26/04/2023
09:53 MYT
China harap dapat pacu perkembangan pertanian bersama ASEAN
Li menyifatkan keselamatan pertanian dan bijirin sebagai asas bagi mewujudkan keamanan, kestabilan dan pembangunan. -Gambar fail/Reuters
BEIJING: Perdana Menteri China, Li Qiang berharap agar China dan ASEAN dapat bersama-sama memacu perkembangan pertanian ke arah berdaya tahan dan mampan serta memastikan keselamatan bijirin terjamin.
Demikian kata beliau dalam perutusan tahniahnya kepada majlis perasmian Tahun Kerjasama ASEAN-China dalam Perkembangan Pertanian dan Keselamatan Bijirin 2023 pada Selasa.
Li turut menyifatkan keselamatan pertanian dan bijirin sebagai asas bagi mewujudkan keamanan, kestabilan dan pembangunan, selain turut merupakan bidang utama kerjasama antara China dan ASEAN.
"Usaha menjayakan Tahun Kerjasama ASEAN-China dalam Perkembangan Pertanian dan Keselamatan Bijirin membawa makna penting kepada kedua-dua pihak," kata beliau.
Memetik perutusan Li, China bersedia mengukuhkan kerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk menggalakkan perkembangan pertanian hijau, pertanian pintar, kampung digital dan pengurangan kemiskinan serta pembangunan desa.
"Kedua-dua pihak dicadangkan berganding bahu untuk memajukan perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN dan membantu mencapai matlamat Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Turut hadir dalam majlis itu Naib Perdana Menteri China, Liu Guozhong yang turut menyampaikan ucaptama.
Acara itu diserikan dengan kehadiran kira-kira 100 perwakilan dari kementerian pertanian dan kedutaan besar 10 negara ASEAN, Sekretariat ASEAN dan jabatan-jabatan provinsi berkaitan China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#ASEAN
#Li Qiang
#pertanian berdaya tahan dan mampan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan