awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China pamer kecanggihan teknologi inovatif dalam Gala Tahun Baru

Bernama
Bernama
11/02/2021
21:22 MYT
China pamer kecanggihan teknologi inovatif dalam Gala Tahun Baru
Warga China menonton persembahan Gala Tahun Baru Cina selepas makan malam di restoran Haidilao, di Beijing, China, 11 Feb, 2021. REUTERS
BEIJING:Gala Tahun Baru Cina anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan malam tadi (Khamis), dihiasi persembahan menggunakan teknologi inovatif canggih.
Acara kali ini menarik hampir 400 media arus perdana dari lebih 60 negara dan wilayah.
Agensi berita The Associated Press (AP) dalam rencana diterbitkan pada Rabu, menyifatkan penggunaan teknologi inovatif mencerminkan kemajuan terkini CMG dalam aspek “5G+4K/8K+AI” yang menjanjikan satu kejutan audio-visual kepada penonton.
Sementara itu, akhbar Rossiiskaya Gazeta milik kerajaan Rusia dalam laman webnya turut memberikan liputan mengenai acara tersebut.
Gala tahun ini dipercayai akan menyajikan satu temasya budaya bertaraf tinggi, khususnya bagi rakyat yang menyambut perayaan di lokasi masing-masing dan tidak pulang ke kampung, memetik rencana itu.
Difahamkan, acara itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia CMG serta platform media baharunya dalam 43 jenis bahasa, selain bekerjasama dengan lebih 600 media di lebih 170 negara dan wilayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Baru Cina
#China
#temasya budaya
#Gala
#CMG
#Kumpulan Media China
#teknologi inovatif canggih
#kejutan audio-visual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan