awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China pasang kubah gergasi, atasi pencemaran debu dan bunyi ketika pembinaan

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2025
09:10 MYT
China pasang kubah gergasi, atasi pencemaran debu dan bunyi ketika pembinaan
Kubah ini diperbuat daripada bahan ringan dan tahan lasak, dikembungkan dengan tekanan udara tanpa tiang sokongan dalaman, serta dilengkapi sistem penapisan udara, kawalan tekanan dan ciri kalis bunyi. -Foto Youtube World Stories Shorts
JINAN: Pihak berkuasa bandar Jinan di wilayah Shandong, China memperkenalkan inovasi baharu dalam sektor pembinaan dengan memasang kubah gelembung gergasi.

Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa Jinan, China memperkenalkan kubah gelembung gergasi setinggi 50 meter dan seluas 20,000 meter persegi untuk mengurangkan pencemaran debu dan bunyi di kawasan pembinaan.
  • Kubah ini diperbuat daripada bahan ringan dan tahan lasak, dikembungkan dengan tekanan udara tanpa tiang sokongan dalaman, serta dilengkapi sistem penapisan udara, kawalan tekanan dan ciri kalis bunyi.
  • Inisiatif ini menyokong amalan pembinaan lestari dan dijangka menjadi penanda aras baharu dalam industri pembinaan bandar, dengan potensi diterapkan di negara lain.

Kubah setinggi 50 meter meliputi kawasan seluas 20,000 meter persegi itu dibina bagi mengurangkan pencemaran debu dan bunyi di kawasan sekitar ketika pembinaan dijalankan.
Struktur unik yang diperbuat daripada bahan ringan dan tahan lasak ini dikembungkan menggunakan tekanan udara, tanpa memerlukan tiang sokongan dalaman.
Ia membolehkan ruang kerja yang lebih luas dan fleksibel untuk para pekerja, selain menampilkan sistem penapisan udara dan kawalan tekanan bagi memastikan kualiti persekitaran kekal bersih dan selamat.
Kubah berkenaan juga direka dengan ciri kalis bunyi, mampu menyekat bunyi jentera berat daripada mengganggu komuniti berdekatan.
Panel lutsinar turut dipasang bagi membolehkan cahaya semula jadi menembusi ruang dalam, sekali gus mengurangkan keperluan pencahayaan buatan pada waktu siang.
Langkah ini dilihat sebagai usaha proaktif China dalam memperkukuh amalan pembinaan lestari dan mematuhi garis panduan alam sekitar.
Ia juga membantu mengurangkan aduan penduduk terhadap gangguan projek mega yang lazimnya mencetuskan pencemaran udara dan bunyi.
Penggunaan kubah gelembung ini dijangka menjadi penanda aras baharu dalam industri pembinaan bandar, dan berpotensi untuk diterapkan di negara lain yang berdepan cabaran serupa.
Topic Berkaitan
#Pihak berkuasa Jinan China
#kubah gelembung gergasi
#pencemaran debu dan bunyi
#kawasan pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan