awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Venezuela: Mangsa penyangak dunia yang bermula daripada kelemahan dalaman negara yang berpanjangan
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Tentera Syria lancar serangan terhadap SDF di kejiranan Aleppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China perketat peraturan e-dagang penstriman langsung, platform perdagangan dalam talian

Bernama
Bernama
07/01/2026
12:30 MYT
China perketat peraturan e-dagang penstriman langsung, platform perdagangan dalam talian
Pengawal selia pasaran China dan pihak berkuasa siber akan memperketat pengawasan terhadap sektor e-dagang penstriman langsung serta platform perdagangan dalam talian negara itu. - Foto hiasan/BERNAMA
BEIJING: Pengawal selia pasaran China dan pihak berkuasa siber akan memperketat pengawasan terhadap sektor e-dagang penstriman langsung serta platform perdagangan dalam talian negara itu, susulan pengeluaran dua dokumen berasingan pada Rabu, lapor Xinhua.
Peraturan baharu mengenai e-dagang strim langsung, yang diterbitkan bersama oleh Pentadbiran Negara bagi Pengawalseliaan Pasaran dan Pentadbiran Ruang Siber China, menetapkan kewajipan serta had tingkah laku bagi peserta dalam perniagaan itu.
Di bawah peraturan baharu itu, pengendali penstriman langsung serta kakitangan pemasaran dilarang terlibat dalam aktiviti seperti pengiklanan palsu, fitnah komersial dan penjualan produk serta perkhidmatan yang menyalahi undang-undang.
Satu lagi peraturan memberi tumpuan kepada tatacara yang mengawal platform perdagangan dalam talian, bertujuan mengekalkan ketertiban perdagangan dalam talian dan melindungi hak serta kepentingan sah semua pihak.
Menurut peraturan baharu itu, platform dalam talian tidak boleh menggunakan peraturan mereka untuk mengenakan sekatan atau bayaran yang tidak munasabah ke atas aktiviti perniagaan di platform masing-masing, serta tidak boleh mengehadkan hak pengguna, mengamalkan diskriminasi harga berasaskan data, atau mengubah terma keahlian secara unilateral.
Bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan, pihak berkuasa pasaran dan siber akan memperkukuh kerjasama antara jabatan melalui perkongsian maklumat dan perundingan bersama.
Platform dalam talian juga digalakkan untuk menjalankan penilaian kendiri serta menerbitkan laporan pematuhan secara berkala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#platform dalam talian
#perketat peraturan e-dagang
#penstriman langsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan