awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
Tempoh had PM: Selagi layak, dia boleh jalankan tugas - Hadi Awang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025

Bernama
Bernama
08/01/2026
14:55 MYT
China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025
Jumlah kes jenayah yang direkodkan oleh polis China menurun sebanyak 12.8 peratus pada 2025 berbanding tahun sebelumnya. - Foto hiasan
BEIJING: Jumlah kes jenayah yang direkodkan oleh polis China menurun sebanyak 12.8 peratus pada 2025 berbanding tahun sebelumnya, kata seorang jurucakap polis pada Khamis, menurut laporan Xinhua.
Jenayah kekerasan serius, kes penculikan, serta kes kecurian, rompakan dan penipuan masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 4.7 peratus, 40.7 peratus dan 21.2 peratus dari tahun ke tahun, kata Zhang Ming, jurucakap Kementerian Keselamatan Awam.
Pada 2025, seramai 210 pegawai polis dan 142 anggota polis bantuan di seluruh China terkorban ketika menjalankan tugas, kata Zhang.
Selain itu, polis berjaya menyelesaikan 258,000 kes penipuan telekomunikasi dan dalam talian di seluruh negara pada 2025, serta melaksanakan pembekuan kecemasan terhadap dana berkaitan penipuan bernilai lebih 21.7 juta yuan (US$3.1 juta), kata Zhang Ming.
Polis turut menahan 542 penaja, ketua dan anggota utama yang dikaitkan dengan sindiket penipuan sepanjang tahun lalu, katanya.
Zhang menjelaskan polis China mempertingkat kerjasama penguatkuasaan undang-undang antarabangsa dengan Myanmar, Thailand dan Kemboja bagi membanteras jenayah berkenaan, dengan lebih 7,600 warga China yang disyaki terbabit dalam penipuan telekomunikasi dihantar pulang dari wilayah Myawaddy, Myanmar.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#China
#kes jenayah
#menurun
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan