awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
Ejen ICE dalam kes tembakan Minnesota pernah diseret kereta pada Jun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2026
10:30 MYT
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
Bruno Mars umum pelancaran album solo terbaharu bertajuk The Romantic pada 27 Februari 2026, setelah hampir 10 tahun tanpa album solo. -Foto Facebook
LOS ANGELES: Penyanyi dan penulis lagu terkenal Amerika Syarikat, Bruno Mars, mengumumkan pelancaran album solo terbaharunya bertajuk The Romantic yang dijadual menemui peminat pada 27 Februari 2026, menandakan kemunculan semula beliau selepas hampir sedekad tanpa album solo.

Ringkasan AI
  • Bruno Mars umum pelancaran album solo terbaharu bertajuk The Romantic pada 27 Februari 2026, setelah hampir 10 tahun tanpa album solo.
  • Album tersebut diikuti dengan The Romantic Tour, jelajah berskala besar pertama Mars sebagai artis solo bermula 10 April di Las Vegas.
  • Jelajah tersebut merangkumi persembahan di pelbagai lokasi termasuk Stadium Wembley, London pada 18 dan 19 Julai 2026; tiket akan mula dijual awam pada 15 Januari.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut kenyataan rasmi, album itu akan disusuli dengan The Romantic Tour, jerayawara berskala besar pertama oleh Mars sebagai artis solo, bermula 10 April di Las Vegas.
Mars, pemenang pelbagai anugerah Grammy menerusi album 24K Magic (2016), turut melancarkan single pertama daripada album baharu bertajuk "I Just Might", yang kini boleh didapati di semua platform penstriman digital.
Jelajah The Romantic Tour akan merangkumi lokasi utama di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia, termasuk dua malam persembahan di Stadium Wembley, London pada 18 dan 19 Julai 2026.
Anderson .Paak, rakan kolaborasi Mars dalam projek Silk Sonic, diumumkan sebagai artis pembuka pentas di bawah nama DJ Pee. Wee.
Tiket untuk jelajah tersebut akan mula dijual kepada umum pada 15 Januari, manakala pra-jualan khas untuk peminat dibuka sehari lebih awal.
Pelancaran The Romantic dijangka mengukuhkan kedudukan Mars sebagai antara penghibur paling berpengaruh dalam industri muzik global.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tajuk album solo terbaharu yang diumumkan oleh Bruno Mars? A: Album solo terbaharu Bruno Mars bertajuk The Romantic.
  • Q: Bilakah tarikh pelancaran album The Romantic dijadualkan? A: Album The Romantic dijadualkan akan dilancarkan pada 27 Februari 2026.
  • Q: Siapakah artis yang diumumkan sebagai artis pembuka pentas untuk The Romantic Tour? A: Anderson .Paak diumumkan sebagai artis pembuka pentas untuk The Romantic Tour di bawah nama DJ Pee. Wee.
  • Q: Apakah tarikh mula jualan tiket untuk jelajah The Romantic Tour kepada umum? A: Tiket untuk The Romantic Tour akan mula dijual kepada umum pada 15 Januari.
  • Q: Di manakah lokasi utama jelajah The Romantic Tour akan diadakan? A: Jelajah The Romantic Tour akan merangkumi lokasi utama di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia, termasuk Stadium Wembley, London pada 18 dan 19 Julai 2026.

Topic Berkaitan
#Bruno Mars
#album solo terbaharu
#The Romantic
#The Romantic Tour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan