awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sokong pelan pemulihan keamanan Gaza dimulakan Mesir, negara Arab lain - Menteri Luar

Bernama
Bernama
07/03/2025
14:14 MYT
China sokong pelan pemulihan keamanan Gaza dimulakan Mesir, negara Arab lain - Menteri Luar
Wang Yi menegaskan, mengubah status Gaza dengan cara paksaan tidak akan membawa keamanan, sebaliknya hanya kekacauan baharu. - AP
BEIJING: China menyokong pelan untuk memulihkan keamanan di Gaza yang dimulakan oleh Mesir dan negara Arab yang lain, kata Menteri Luar China Wang Yi pada Jumaat.
Gaza adalah milik rakyat Palestin dan sebahagian wilayah Palestin yang tidak boleh dipisahkan. Mengubah status Gaza dengan cara paksaan tidak akan membawa keamanan, sebaliknya hanya kekacauan baharu, Wang memberitahu sidang media yang diadakan di luar sesi tahunan badan perundangan negara yang sedang berlangsung, lapor Xinhua.
Wang menyeru usaha untuk mempromosikan gencatan senjata yang komprehensif dan berkekalan, meningkatkan bantuan kemanusiaan, mematuhi prinsip "rakyat Palestin memerintah Palestin" dan menyumbang kepada pembinaan semula di Gaza.
Menyedari yang isu Palestin sentiasa menjadi isu utama Asia Barat, menteri luar itu menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberi lebih tumpuan kepada penyelesaian dua negara dan memberi lebih sokongan kepada mewujudkan Palestin yang bebas.
Semua pihak di Palestin perlu menjayakan Deklarasi Beijing untuk mencapai perpaduan dan pengukuhan diri, semua pihak di Asia Barat perlu mengatasi perbezaan untuk menyokong negara Palestin dan masyarakat antarabangsa perlu membina konsensus dan mempromosikan keamanan antara Palestin dan Israel, kata Wang.
"Kami akan terus berusaha dengan tegas untuk keadilan, keamanan dan pembangunan untuk rakyat Asia Barat," kata Wang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#pelan pemulihan
#keamanan
#Gaza
#Palestin
#Mesir
#negara arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan