awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Arahan berpindah dikeluarkan ketika ribut kuat landa pantai timur Australia
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

China tolak sekeras-kerasnya salah guna bantuan kemanusiaan di Gaza

Bernama
Bernama
01/07/2025
09:15 MYT
China tolak sekeras-kerasnya salah guna bantuan kemanusiaan di Gaza
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong berkata formula "penyelesaian dua negara" merupakan satu-satunya pendekatan realistik bagi merungkai isu Palestin. - Foto Reuters
NEW YORK: China tegas menolak perbuatan menyalahgunakan bantuan kemanusiaan untuk tujuan ketenteraan serta menggesa Israel menghentikan segala operasi tentera di Gaza serta-merta.

Ringkasan AI
  • China menggesa Israel menghentikan segera operasi ketenteraan di Gaza, menolak penggunaan kekerasan dan penyalahgunaan bantuan kemanusiaan untuk tujuan ketenteraan.
  • China menegaskan penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya pendekatan realistik untuk merungkai konflik Palestin-Israel, dan menyeru masyarakat antarabangsa memperkukuh usaha ke arah gencatan senjata dan proses damai.
  • China menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin secara paksa serta tindakan menakluki Gaza dan Tebing Barat, sambil menekankan keperluan akses kemanusiaan penuh kepada penduduk Gaza.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong berkata formula "penyelesaian dua negara" merupakan satu-satunya pendekatan realistik bagi merungkai isu Palestin. Majlis Keselamatan PBB (UNSC) melancarkan debat terbuka mengenai isu Palestin-Israel pada Isnin.
Fu menegaskan keperluan akses kemanusiaan disalurkan sepenuhnya kepada rakyat Gaza yang memerlukan bantuan, selain tindakan pragmatik diambil untuk menggerakkan gencatan senjata.
Isu Palestin menjadi teras isu Asia Barat, kata beliau sambil menambah bahawa masyarakat antarabangsa perlu mengukuhkan perpaduan untuk mendorong proses politik "penyelesaian dua negara".
Cubaan mengusir secara paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka serta niat jahat untuk menakluki Gaza dan Tebing Barat mesti ditolak, kata Fu.
- BERNAMA-CMG
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#China
#bantuan kemanusiaan
#operasi tentera Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami