awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cikgu lupa bawa masuk, budak 3 tahun mati kesejukan

Agensi
Agensi
16/02/2018
22:13 MYT
Cikgu lupa bawa masuk, budak 3 tahun mati kesejukan
Mayat Zakhra Rzayeva, 3 tahun, ditemukan dalam keadaan beku di belakang timbunan salji di taman permainan taskanya di Moscow, Rusia pada -5C. -Foto portal Mirror.uk
Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat kesejukan melampau apabila gurunya terlupa membawanya masuk selepas sesi playtime.
Mayat Zakhra Rzayeva, 3 tahun, ditemukan dalam keadaan beku di belakang timbunan salji di taman permainan taskanya di Moscow, Rusia pada -5C.
Menerusi portal Mirror.uk yang memetik laporan portal The Daily Mash, guru di Kindergarten Number 2120 itu terlupa bahawa kanak-kanak malang itu masih berada di luar.
Susulan itu, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian tragik kanak-kanak tersebut yang melibatkan jawatankuasa penyiasatan Rusia.
Kesemua guru dan pekerja tadika tersebut kini sedang disoal siasat manakala kedua ibu dan bapa Rzayeva tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut kerana terlalu tertekan.
Guru-guru di tadika tersebut juga enggan mengulas lanjut tetapi berkata kanak-kanak itu ditemukan terbaring di atas salji dan kakitangannya telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya namun tidak berjaya.
Topic Berkaitan
#budak 3 tahun mati
#kesejukan melampau
#Kindergarten Number 2120
#Moscow
#musim salji
#Rusia
#Zakhra Rzayeva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan