awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Congo umum penularan semula jangkitan Ebola

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2021
23:10 MYT
Congo umum penularan semula jangkitan Ebola
Republik Demokratik Congo mengumumkan penularan semula jangkitan penyakit Ebola di timur negara itu, hanya tiga bulan selepas penularan awal wabak itu berjaya ditangani. -Gambar fail/Reuters
KINSHASA:Republik Demokratik Congo mengumumkan penularan semula jangkitan penyakit Ebola di timur negara itu, hanya tiga bulan selepas penularan awal wabak itu berjaya ditangani.
Kes jangkitan terbaharu dikenal pastu selepas seorang wanita di bandar Biena wilayah Lubero meninggal dunia akibat penyakit itu.
"Kami mempunyai satu lagi episod virus Ebola.
"Mangsa seorang petani, isteri kepada seorang mangsa Ebola, yang menunjukkan tanda-tanda khusus penyakit pada 1 Februari," kata Menteri Kesihatan Eteni Longondo kepada stesen televisyen RTNC.
BACA: WHO kesan penularan kedua wabak Ebola di Congo
BACA: KKM tingkat kesiapsiagaan hadapi potensi penularan virus Ebola di Congo
BACA: WHO rayu dunia ambil perhatian krisis Ebola di Republik Congo
Mangsa meninggal dunia pada 3 Februari, selepas sampel darahnya dikesan positif Ebola, kata menteri kesihatan itu lagi.
"Saya juga ingin memberitahu saudara-saudari di Butembo agar tidak panik kerana pasukan respons wilayah akan ke sana, disokong pasukan kebangsaan yang akan menyusul dalam beberapa hari mendatang," kata Longondo.
Republik Demokratik Congo mengisytiharkan pada 18 November berakhirnya wabak Ebola kesebelas yang meragut 55 nyawa daripada 130 kes selama hampir enam bulan di wilayah barat laut Equateur.
Mangsa terakhir yang disahkan pulih di Equateur adalah pada 16 Oktober 2020.
Topic Berkaitan
#Ebola
#penularan semula jangkitan
#Biena
#Lubero
#Eteni Longondo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan