awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim

Dzulfitri Yusop
Dzulfitri Yusop
03/12/2023
12:52 MYT
COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya. - Foto Instagram @cop28uaeofficial
DUBAI: Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.
Deklarasi itu adalah sebahagian daripada COP28 untuk mempercepat usaha global menjadikan negara dan komuniti yang terdedah kepada impak perubahan iklim dengan menyediakan pakej awal penyelesaian kewangan, program dan perkongsian kepakaran.
Sebanyak 70 buah negara dan 39 organisasi komited untuk meningkatkan pelaburan dan tindakan untuk meningkatkan daya tahan negara dan komuniti yang terdedah kepada risiko perubahan iklim, konflik dan krisis manusiaan.
“Perubahan iklim meninggalkan kesan kepada semua orang tetapi tidak semuanya terkesan dengan sama rata,” kata Ketua Pengarah COP28, Majid Al Suwaidi.
Menurutnya, di negara yang rentan dan terjejas akibat konflik, cuaca yang melampau memberi kesan tiga kali ganda berbanding dengan negara lain.
“Namun begitu, negara-negara ini hanya mempunyai peruntukan yang kecil untuk kewangan iklim berbanding negara maju yang mempunyai peruntukan sehingga 80 kali ganda.
“Justeru Kepimpinan COP28 komited untuk menggubah situasi ini. Dengan itu Piagam Mendahului Bencana dilancarkan bagi menetapkan misi dan tindakan kerjasama untuk menguruskan risiko berkaitan iklim dan melindungi populasi yang rentan," katanya lagi.
COP28 berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu sehingga 12 Disember depan.
Topic Berkaitan
#COP28
#deklarasi
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan