LEBIH 6.82 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi isnin/

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.24 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak lebih 1 bilion dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 411 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 287 juta dos sementara Jepun melebihi 183 juta.

Turki, Jerman dan Mexico catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 181 juta dos.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 69 juta manakala Filipina 54 juta, Malaysia lebih 48 juta dos, dan Singapura hampiri 10 juta dos vaksin.