DAKWAAN demi dakwaan.
Situasi bertikam lidah antara Amerika Syarikat (AS) dan China mengenai punca penyebaran koronavirus baharu masih belum berakhir.
Institut Virologi Wuhan (IVW) pula berulang kali menjadi ‘buah mulut’ antara kedua-dua buah negara itu.
Terbaharu, China membantah sebarang cadangan untuk melancarkan siasatan antarabangsa berhubung punca koronavirus SARS CoV-2 yang didakwa ia berasal dari makmal milik negara itu.
BACA: COVID-19: China tolak desakan siasat punca koronavirus
BACA: 'AS tidak kemuka bukti' - WHO anggap dakwaan virus makmal China hanya spekulasi
Namun, mengapa ia menjadi ‘sasaran’ AS sebagai punca kepada penularan wabak COVID-19 yang kini sudah meragut lebih 260 ribu nyawa di seluruh dunia? Ada apa dengan IVW ini?
Berikut antara persoalan penting berhubung makmal keselamatan bio di pinggir bandar Wuhan itu:
Apakah kerja-kerja penyelidik di makmal itu?
Kerja yang dilakukan saintis makmal membantu menjelaskan mengenai patogen COVID-19 ketika ia pertama kali muncul di Wuhan.
Pada bulan Februari, mereka menerbitkan kajian yang merumuskan virus baharu itu berkongsi identiti urutan 79.6 peratus dengan koronavirus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Kajian itu turut mendapati bahawa terdapat 96 peratus persamaan pada peringkat seluruh genom dengan koronavirus yang ditemui pada kelawar.
Penyelidik di makmal sudah melakukan penyelidikan secara meluas mengenai hubungan antara kelawar dan wabak penyakit di China sekaligus menekankan bahawa perlunya bersedia terhadap potensi virus itu yang mampu menular ke dalam komuniti manusia.
Apakah perkara yang dikendalikan IVW?
Memetik laporan agensi berita AFP, IVW merupakan agensi penyelidikan virologi utama China dan terbesar di Asia.
Ia menyimpan lebih 1,500 jenis virus (strain) menurut laman webnya.
Kompleks terbabit, difahamkan, mengandungi makmal keselamatan maksimum pertama di Asia bagi mengendalikan patogen Kelas 4 (P4) - virus berbahaya yang menimbulkan risiko tinggi penularan daripada manusia ke manusia seperti Ebola.
Makmal bernilai 300 juta yuen (RM185 juta) itu dibangunkan pada 2015 dan beroperasi pada 2018, dengan pengasas firma bioindustri Perancis, Alain Merieux sebagai perunding pembinaan.
Apakah mungkin berlaku ‘kebocoran’?
Sumber diplomatik AS seperti yang didedahkan The Washington Post mengatakan pegawainya sangat ingin tahu terhadap standard keselamatan yang tidak mencukupi berkaitan dengan pengendalian koronavirus kelawar seperti SARS di makmal keselamatan tinggi.
Institut itu dikatakan menerima sampel virus yang tidak diketahui pada 30 Disember lalu bagi menentukan urutan genom virus pada 2 Januari dan menyerahkan maklumat mengenai patogen itu kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Januari.
Jurucakap kementerian luar China, Zhao Lijian sebelum ini juga menolak dakwaan bahawa makmal itu bertanggungjawab terhadap wabak berkenaan.
“Seseorang yang arif akan memahami bahawa tujuannya untuk menimbulkan kekeliruan, mengalihkan perhatian masyarakat, dan menghindari tanggungjawab mereka," kata Zhao, yang tidak menolak teori konspirasi yang mungkin dilakukan oleh tentera AS untuk membawa virus itu ke China.
Terdahulu, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata, China sebagai punca penularan pandemik COVID-19 dengan mendakwa ia berasal dari sebuah makmal keselamatan bio di pinggir bandar Wuhan.
“Pakar-pakar yang handal setakat ini juga berpendapat ia adalah buatan manusia. Saya tiada alasan untuk menolaknya,” kata Pompeo kepada agensi berita ABC.
Apa pula pandangan saintis tentang teori makmal?
Saintis berpendapat, COVID-19 berasal daripada kelawar dan mungkin disebarkan kepada manusia melalui mamalia lain seperti tenggiling, tetapi setakat ini masih belum dibuktikan.
BACA: COVID-19 hasil gabungan dua jenis virus - Penganalisis genom
Pandangan itu sekaligus menyangkal dakwaan bahawa ia merupakan penularan itu berpunca dari satu insiden makmal dan tiada bukti jelas mengatakan ia datang dari pasar basah di Wuhan.
Bagaimanapun, kajian oleh sekumpulan saintis China yang diterbitkan di The Lancet pada Januari menunjukkan bahawa pesakit COVID-19 pertama tidak mempunyai kaitan dengan pasar haiwan terkenal di wilayah berkenaan.
Sementara itu, seorang Profesor Epidemiologi Bahagian Jangkitan Penyakit Berjangkit di London School of Hygiene and Tropical Medicine, David Heymann, berkata tiada bukti terhadap punca, namun dia berkait rapat dengan kelawar.
“Ia berkait rapat dengan virus kelawar. Ada banyak teori bagaimana manusia boleh dijangkiti, dan saya rasa tidak ada yang dapat dibuktikan pada masa ini,” katanya.
Secara umum, menurut seorang profesor di Universiti Hong Kong, Leo Poon, konsensus saintifik turut menyatakan bahawa virus itu bukan buatan manusia.
BACA: Siasatan punca COVID-19, WHO tunggu undangan China
BACA: WHO nafi COVID-19 buatan manusia, berpunca dari makmal
Najmi Syahiran Mamat
Fri May 08 2020
Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mendakwa China sebagai punca penularan pandemik COVID-19 dengan mengatakan ia berasal dari sebuah makmal keselamatan bio di pinggir bandar Wuhan. - Gambar AFP
Abang mendiang Michael Jackson meninggal dunia
Tito yang merupakan abang kepada mendiang Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hilang tangan, tapi kanak-kanak Palestin miliki impian besar
Mahmoud Youssef Ajjour yang berusia sembilan tahun menanam impian untuk menjadi juruterbang pada satu hari nanti.
Nama suspek cubaan bunuh Donald Trump didedah
Suspek yang dikenali sebagai Ryan Wesley Routh didakwa sering memuat naik tentang perang di Ukraine di media sosialnya.
Seorang cedera dalam insiden letupan di bandar Cologne
Seorang orang awam mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital terdekat, selain berlaku kerosakan bangunan komersial akibat letupan berkenaan.
20 hingga 50 orang dianggar terbunuh di Papua New Guinea
Penasihat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mate Bagossy, berkata setakat Ahad sekurang-kurangnya 20 kematian telah disahkan akibat insiden berkenaan.
Vietnam rugi AS$1.6 bilion akibat Taufan Yagi
Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkata kejadian banjir dicetuskan oleh taufan sama yang berlaku di Myanmar adalah yang terburuk dalam sejarah negara itu.
Mural "Keluang Man" tarikan pelancong di DUN Mahkota
Hasil seni lukisan mural tiga dimensi di Kluang menjadi tarikan bagi pengunjung yang gemar bergambar. Antara lukisan yang menarik adalah animasi adiwira "Keluang Man" yang sinonim dengan daerah itu.
Feri penumpang ke Langkawi selamat bergerak
Sebuah feri dari Kuala Perlis ke Langkawi bagi perjalanan 2.30 petang yang membawa 567 penumpang terkandas di beting pasir petang tadi telah selamat bergerak ke Langkawi malam ini.
Dasar Tahun 6, Tingkatan 3 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) melihat secara positif pandangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai dasar pendidikan negara yang tidak melaksanakan peperiksaan bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3, dan bersetuju bahawa dasar tersebut perlu dirombak.
Pereka dalaman dibunuh kejam, 20 tikaman ditemui di badan
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata hasil pemeriksaan awal, pihaknya menganggarkan terdapat kira-kira 20 kesan tikaman di beberapa bahagian tubuh mangsa dengan lima kesan tikaman ditemukan pada sebelah kiri rusuk.
China akan benarkan hospital milik asing sepenuhnya di kawasan tertentu
China merancang untuk membenarkan penubuhan hospital milik penuh warga asing di bandar dan wilayah tertentu di seluruh negara, menurut dokumen rasmi yang didedahkan pada Ahad.
Kumpulan Palestin tandatangani deklarasi 'tamatkan perpecahan' di Beijing
Kumpulan-kumpulan Palestin berikrar untuk menamatkan perpecahan semasa rundingan damai yang berlangsung di Beijing.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di destinasi terakhir bagi rangka lawatan rasminya ke China, hari ini.
Perkasa EV: 32 pelajar TVET tempatan jalani latihan di Beijing
Seramai 32 belia berkemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dihantar ke Beijing, China untuk memperkasa kemahiran dalam Advanced Electric Vehicle (EV).
Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan
Lai berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan.
Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing
Pilihan raya tersebut menyusul ketika Beijing meningkatkan tekanan untuk mendapatkan pulau itu menerima kedaulatannya.
Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda
Kawasan perbandaran Beijing mengalami lebih banyak salji pada Khamis dengan gelombang sejuk dijangka melanda ibu negara China itu pada Jumaat.
33 maut hujan paling lebat landa Beijing
Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut. 18 orang lagi mangsa masih hilang.