awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China wajibkan bateri EV tidak boleh terbakar dan meletup bermula 2026
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Anggota keselamatan Rodrigo Duterte disuntik vaksin China

Saraya Mia
Saraya Mia
28/12/2020
22:23 MYT
COVID-19: Anggota keselamatan Rodrigo Duterte disuntik vaksin China
Hampir semua anggota keselamatan, termasuk pasukan khas yang ditugaskan untuk mengawasi Duterte telah diberikan suntikan vaksin buatan China, Sinopharm. - Gambar REUTERS
MANILA:Anggota pasukan keselamatan serta beberapa menteri kabinet Filipina sudah diberikan suntikan vaksin COVID-19 walaupun belum mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Perubatan (FDA) negara itu, lapor pihak berkuasa pada Isnin.
Menurut Presiden Rodrigo Duterte dalam satu persidangan yang siarkan secara langsung pada Sabtu, hampir semua anggota keselamatan, termasuk pasukan khas yang ditugaskan untuk mengawasinya telah diberikan suntikan vaksin buatan China, Sinopharm.
Bagaimanapun Duterte tidak diberikan suntikan vaksin tersebut.
Dalam pada itu, menteri kesihatan berkata dalam satu kenyataan bahawa vaksin harus dinilai pakar terdahulu dan hanya vaksin yang telah diluluskan dibenar untuk diedarkan kepada umum.
Setakat ini, masih tiada vaksin untuk melawan jangkitan COVID-19 yang telah diluluskan untuk kegunaanan awam di negara itu dan mana-mana pengedaran vaksin adalah salah di sisi undang-undang.
Filipina bercadang untuk mendapatkan 60 juta dos vaksin daripada firma biotek AstraZeneca, Pfizer-BioNTech dan Sinopharm untuk menyuntik 110 juta rakyatnya.
Topic Berkaitan
#pasukan keselamatan
#Filipina
#vaksin
#COVID-19
#tidak lulus
#Rodrigo Duterte
#presiden
#pasukan khas
#Sinopharm
#AstraZeneca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan