awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
IHP Malaysia turun 1.8 peratus pada November 2025 - Jabatan Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka korban AS melepasi 500,000, bersamaan jumlah korban 3 peperangan

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2021
00:07 MYT
COVID-19: Angka korban AS melepasi 500,000, bersamaan jumlah korban 3 peperangan
Petugas kesihatan lengkap dengan PPE memindahkan mayat mangsa COVID-19 di Pusat Perubatan Brooklyn. - Foto AP
ANGKA kematian akibat COVID-19 di Amerika Syarikat melepasi 500,000 pada Isnin, bersamaan jumlah rakyat negara itu yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua, Korea dan Vietnam.
Menurut data daripada Johns Hopkins University, angka kematian ini turut sama dengan jumlah populasi di Kansas City, Missouri serta melebihi jumlah populasi di Miami, Raleigh, North Carolina, Omaha atau Nebraska.
University Washington pula menjangkakan, angka tersebut akan melebihi 589,000 kes menjelang 1 Jun walaupun pengedaran vaksin COVID-19 telah dilakukan sejak pertengahan Disember 2020.
Amerika Syarikat mencatatkan angka kematian akibat COVID-19 tertinggi di dunia, bersamaan 20 peratus daripada 2.5 juta kematian yang dicatat di seluruh dunia.
Namun angka kematian sebenar dipercayai lebih daripada jumlah itu akibat banyak kes terlepas pandang terutamanya pada awal penularan.
Secara purata, jumlah kes kematian harian dan kes baharu di Amerika Syarikat telah menurun dalam beberapa minggu lepas.
Jumlah kes kematian telah berkurangan lebih daripada 4,000 kes daripada jumlah kes yang dilaporkan pada Januari.
Kini kurang daripada 1,900 kes kematian dilaporkan setiap hari.
Walaupun begitu, pakar kesihatan memberi amaran trend itu akan bertukar akibat varian baharu virus berkenaan yang mudah dijangkiti.
Pakar tersebut turut menyatakan jumlah penduduk yang diberi vaksin masih tidak mencukupi bagi mencapai imuniti kelompok.
Ramai percaya pengurangan ini disebabkan oleh musim sejuk yang memaksa ramai penduduk kekal di rumah, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.
Kematian pertama akibat COVID-19 di Amerika Syarikat dicatat pada Februari 2020.
Empat bulan kemudian, angka kematian di negara berkenaan meningkat kepada 100,000 kes, 200,000 pada September dan 300,000 pada Disember.
Dua bulan selepas itu, ia meningkat pula melepasi 500,000 kes.
Rekod sebelum ini mencatatkan 405,000 rakyat Amerika Syarikat terkorban akibat Perang Dunia Kedua, 58,000 terkorban akibat Perang Vietnam dan 36,000 semasa Perang Korea.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kematian
#Amerika Syarikat
#Perang Dunia Kedua
#Perang Korea
#Perang Vietnam
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan