Iran lancar tiga satelit buatan tempatan

Zafar-2, Paya, dan Kowsar-1.5, dilancarkan pada pukul 4:48 petang waktu Tehran pada hari Ahad dari Vostochny Cosmodrome, Rusia. - Foto IRNA
MOSCOW: Iran melancarkan tiga satelit buatan tempatan ke angkasa lepas menggunakan roket Soyuz Rusia, Lapor, Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA)
Ringkasan AI
- Iran berjaya melancarkan tiga satelit buatan tempatan ke angkasa lepas menggunakan roket Soyuz Rusia, iaitu Zafar-2, Paya, dan Kowsar-1.5 dari Vostochny Cosmodrome, Rusia.
- Satelit-satelit itu mampu menghantar data imej dengan resolusi antara 15 meter hingga kurang daripada lima meter, memberi manfaat kepada sektor pertanian, pengurusan sumber air, dan pemantauan alam sekitar.
- Satelit-satelit baru ini akan beroperasi pada orbit Bumi rendah kira-kira 500 kilometer di atas permukaan Bumi, membawa pelbagai aplikasi awam bagi kegunaan dalam negara.
Timbalan Menteri Komunikasi Iran dan Ketua Institut Penyelidikan Angkasa Iran, Vahid Yazdanian, berkata ketiga-tiga satelit pemantauan bumi itu dibina oleh sektor swasta.
Beliau berkata satelit-satelit ini mampu menghantar data imej dengan resolusi antara 15 meter hingga kurang daripada lima meter, dan data tersebut boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi awam di dalam negara.
Yazdanian menyatakan sektor pertanian, pengurusan sumber air, dan pemantauan alam sekitar antara kegunaan utama imej satelit itu.
Beliau menambah satelit-satelit baharu ini akan beroperasi pada ketinggian kira-kira 500 kilometer di atas Bumi, dalam apa yang dikenali sebagai orbit Bumi rendah (LEO).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


