ANTARTIKA:Tatkala seluruh dunia dibadai pandemik COVID-19, Antartika masih kekal sebagai satu-satunya benua yang bebas daripada virus berkenaan.

Saintis dan tentera yang tinggal di pangkalan Antartika merupakan antara ratusan yang masih terlindung daripada wabak berkenaan.

Terdapat kira-kira 400 orang yang tinggal di 13 pangkalan di benua berkenaan yang mana enam merupakan pangkalan tetap dan selebihnya hanya beroperasi pada musim panas.

Sekolah-sekolah di pangkalan Esperanza merupakan antara institut pendidikan di negara itu yang membenarkan kelas diadakan secara bersemuka bagi 15 kanak-kanak dan remaja yang tinggal di pangkalan berkenaan.



Bagi mengelakkan peningkatan risiko rakyat Antartika daripada dijangkiti COVID-19 pada musim panas yang bermula pada November, Argentina merancang untuk menghantar hanya 400 anggota tentera dan pegawai saintifik ke pangkalan Antartika dan bukannya 2,000 orang seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kesemua kakitangan yang akan ke Antartika pada musim panas akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dan selepas tempoh kuarantin di pangkalan tentera Campo de Mayo di Buenos Aires.



Walaupun semua pangkalan mempunyai doktor dan mesin ventilator, namun mereka tidak mempunyai sumber kit ujian COVID-19.

Setakat Sabtu, Argentina merekodkan 779,689 kes positif COVID-19 dan 20,599 kes kematian.