72 premis makanan di Kelantan tidak capai tahap kebersihan tahun ini - JKNK

Dr Mohd Azman berkata pemilik premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen penting kebersihan telah diberi bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis mereka. - Gambar JKNK
KOTA BHARU: Sebanyak 72 premis makanan di negeri ini didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan dan telah diarahkan ditutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983, pada tahun ini.
Ringkasan AI
- 72 premis makanan di Kelantan ditutup selama 14 hari kerana tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983.
- Jumlah tertinggi premis yang ditutup adalah 13 di Machang, diikuti oleh sembilan premis di Bachok dan Kota Bharu.
- Operasi pemeriksaan melibatkan 6,957 premis makanan, di mana 70% memperoleh gred A, 26% gred B, dan 4% gred C; pemilik premis diberi amaran untuk meningkatkan tahap kebersihan.
"Operasi itu diadakan bagi memastikan premis makanan yang beroperasi mematuhi peraturan yang ditetapkan, sekali gus dapat mencegah penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, tifoid, kolera dan sebagainya.
"Keseluruhan operasi ini melibatkan pemeriksaan 6,957 premis makan, gerai, restoran, kilang serta bazar Ramadan dan daripada jumlah itu 4,840 premis atau 70 peratus mendapat gred A, manakala 26 peratus gred B dan empat peratus gred C," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Azman berkata bagaimanapuna, status kebersihan tersebut tidak menggambarkan situasi sebenar premis di Kelantan kerana jumlah yang diperiksa hanya merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan premis.
"Sebanyak 2,813 notis dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dengan nilai RM519,950 dan sebanyak 79 notis dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985 bernilai RM46,600.
"JKNK ingin menegaskan menjadi tanggungjawab pemilik dan pengendali premis makanan untuk memastikan premis mereka bersih pada setiap masa," katanya.
Beliau berkata pemilik premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen penting kebersihan telah diberi bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis mereka.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


