awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump: Venezuela akan pindahkan sehingga 50 juta tong minyak ke AS
Tiada kompromi isu disiplin, integriti - Panglima Tentera Udara
Peniaga makanan ala Barat mengaku tidak bersalah langgar doktor hingga cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2021
02:23 MYT
COVID-19: Auckland jalani perintah berkurung kedua bulan ini
Kira-kira 2 juta penduduk terkesan dengan perintah berkurung selama tujuh hari itu. - Foto REUTERS/Jason Reed
MELBOURNE: Tepat setahun selepas New Zealand mencatatkan kes COVID-19 pertama di negara itu, Auckland sekali lagi dikenakan perintah berkurung bagi mengekang penularan varian UK wabak berkenaan.
Kira-kira 2 juta penduduk terkesan dengan perintah berkurung selama tujuh hari itu yang diumumkan Perdana Menteri Jacinda Ardern pada Sabtu malam.
Langkah berkenaan diambil susulan satu kes baharu dikesan yang didapati telah dijangkiti selama seminggu namun tidak menjalani kuarantin.
"Kemungkinan akan ada beberapa kes baharu berkaitan kes ini," jelas Arden dalam sidang media pada Sabtu.
Perintah berkurung tahap tiga ini susulan perintah kekal di rumah selama tiga hari yang dikenakan pada pertengahan Februari selepas beberapa kes COVID-19 varian UK baharu dikesan di bandar tersebut.
Sehingga kini terdapat 14 kes berkaitan kluster tersebut.
"Walaupun kami sudah berusaha sebaik mungkin, penularan tempatan tetap berlaku," kata Ardern.
Ketua pembangkang, Judith Collins menggesa kerajaan kenakan tindakan lebih tegas terhadap mereka yang mengambil ringan tentang proses kuarantin.
"Tiada siapa yang ingin menjalani proses kuarantin beberapa kali," katanya dalam satu kenyataan.
Penduduk Auckland hanya dibenarkan keluar rumah jika perlu dan tempat awam tidak dibenarkan beroperasi.
Sekatan di kawasan lain negara itu pula akan diperketatkan kepada tahap dua dimana perhimpunan awam masih dibenarkan dengan jumlah terhad.
Langkah ini akan menjejaskan beberapa acara sukan yang telah dijadualkan di Auckland.
Penganjur perlumbaan perahu layar Piala Amerika memaklumkan pada Ahad, pertandingan final antara Itali dan New Zealand yang dijadualkan pada 6 March akan ditangguhkan kepada 10 March.
Perlawanan keempat New Zealand dalam Kejohanan Kriket Twenty20 Dunia menentang Australian telah dipindahkan ke Wellington dan akan diadakan dalam stadium tertutup pada Jumaat.
New Zealand, dengan jumlah penduduk sebanyak 5 juta, telah mencatatkan lebih 2,000 kes positif COVID-19 sejak awal penularan wabak berkenaan dengan 26 kes kematian dicatat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#New Zealand
#perintah berkurung
#Auckland
#varian UK
#Jacinda Ardern
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan