Trump: Venezuela akan pindahkan sehingga 50 juta tong minyak ke AS

Presiden Trump berkata, pihak berkuasa interim di Venezuela telah bersetuju untuk memindahkan antara 30 hingga 50 juta tong minyak yang dikenakan sekatan ke AS untuk dijual pada harga pasaran. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa berkata, pihak berkuasa interim di Venezuela telah bersetuju untuk memindahkan antara 30 hingga 50 juta tong minyak yang dikenakan sekatan ke AS untuk dijual pada harga pasaran, lapor Anadolu Ajansi.
"Minyak ini akan dijual pada harga pasaran, dan wang itu akan dikawal oleh saya, sebagai Presiden Amerika Syarikat, bagi memastikan ia digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan Amerika Syarikat," kata Trump dalam satu kenyataan menerusi platform Truth Social.
Presiden itu menambah, Setiausaha Tenaga Chris, Wright telah diminta melaksanakan rancangan berkenaan "dengan segera", dengan minyak itu akan diangkut menggunakan kapal simpanan terus ke dok pemunggahan di AS.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


