AUSTRALIA Selatan memulakan sekatan perintah berkurung selama enam hari tanpa sebarang kes baharu dilaporkan pada Khamis.

Menurut pihak berkuasa, sehingga kini, kes kekal 22 dengan tiga pesakit masih dirawat di hospital.

Ketua Menteri, Steven Marshall memaklumkan, perintah berkurung itu dilaksanakan sebagai usaha mencegah penyebaran virus tersebut.

Sekolah, universiti, bar dan kafe ditutup dengan hanya seorang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar rumah setiap hari.

Perintah berkurung itu juga menyaksikan kebanyakan kilang ditutup, dan majlis perkahwinan ditangguhkan.

Selain itu, aktiviti beriadah di luar dilarang, dan memakai pelitup muka adalah wajib.

Dalam pada itu pihak berkuasa juga merancang untuk menambah pelaksanaan perintah berkurung selama lapan hari lagi.